KEMAMAN – Yang DiPertua PAS (YDP) Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul
Hamid menyambut baik cadangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
(BPPNT) untuk mengadakan Ijtima Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2014
di Parlimen Kemaman.
Beliau berkata PAS Kawasan Kemamn berbesar hati dengan hasrat pimpinan PAS negeri dan telah pun menggerakkan usaha awal ke peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
[Gambar atas - Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu 2008 yang di adakan di Dewan dato' Seri Aar, Chukai Kemaman, gambar bawah - Ustaz alias Hamid ]
“PAS Kawasan Kemaman telah menggerakkan usaha awal dengan turun padang ke peringkat Majlis Tindakan DUN – DUN pada bulan Januari lepas dalam program Perjumpaan Mahabbah (Kasih Sayang),
“PAS Kawasan Kemaman dengan pimpinan PAS Peringkat DUN – DUN dan telah dimaklumkan berkenaan ijtima tersebut sebagai persediaan awal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Terenggan, YB Dr Alias Abdul Razak yang mengisyriharkan program ‘mega’ Ijtima tersebut akan diadakan pada 25 hingga 26 April depan bertempat di perkarangan Surau Feri, Kemasik.
Ustaz Alias menambah, pihaknya sedang merancang untuk memulakan gerak gempur ke peringkat cawangan seluruh kawasan Kemaman, dimana pimpinan PAS Kawasan Kemaman akan turun berjumpa dengan pimpinan di setiap Cawangan, Pemuda dan Muslimat.
Katanya, usaha itu yang akan diambil pada bukan Mac memandangkan Ijtima Kepimpinan PAS Negeri Terengganu merupakan program yang berskala besar dan memerlukan komitmen semua ahli serta penyokong PAS.
Beliau juga mengalu – alukan kerjasama dan penyertaan dari semua Non – Government Organisation (NGO) terutamanya yang berpengkalan di Daerah Kemaman ini untuk bersama PAS Kawasan Kemaman menjayakan program tersebut.
“PAS Kemaman berazam untuk menjadikan Ijtima Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ini antara himpunan terbesar kepada semua pimpinan PAS bagi semua peringkat, ahli dan penyokong PAS dan badan-badan Bukan Kerajaan (NGO),”tegasnya

Ulasan