Pemuda PAS Terengganu Sokong Penuh Brunei Laksana Hukum Allah

Kamaruzzaman Abdullah Brunei1BANDAR SERI BEGAWAN – Dewan Pemuda PAS egeri Terengganu melahirkan rasa syukur dan menyokong kerajaan Brunei DarusSalam yang akan melaksanakan undang-undang Ilam sepenuhnya bermula April depan.


Ketuanya Ustaz Kamaruzzaman Abdullah beerharap langkah positif negara Brunei itu, sebuah negara umat Melayu Islam itu akan menjadi panduan dan ikutan kepada kerajaan Malaysia khususnya kerajaan negeri Terengganu DarulIman.

“sikap pemuda PAS jelas, kita rasa bersyukur kepada Allah SWT, yang baru sahaja mengisytiharkan akan melaksanakan hukum Islam pada 22 Oktober lalu,

“kita (harap) kerajaan Malaysia dan Terengganu khususnya (akan mengambil langkah) menyambung sahaja undang-undang yang telah diluluskan dan diwartakan pada tahun 2002,

“InsyaAllah (perlaksanaan undang-undang Islam di Brunei) akan menjadi panduan dan (memberikan) pengalaman kepada negeri Terengganu,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas satu pertemuan dengan pihak pentadbir Universiti Islam Sultan Ali Sharif (Unissa) di sini semalam, Selasa 25 Februari.

Ustaz Kamaruzaman bersama 20 orang pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat dari Terengganu sedang mengadakan lawatan bagi meninjau persiapan Brunei dalam menguatkuasakan undang-undang Hudud dan Qisas

Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan Timbalan Pengarah Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI) berkata, perjumpaan tersebut telah membuka peluang baru kepada para pelajar KUDQI bagi melanjutkan pengajian di universiti tersebut.

“AhamduliLlah, perjumpaan dengan pihak pentadbir Universiti Islam Sultan sharif Ali pada hariini membuka lembaran baru kepada pendidikan KUDQI (dan) membuka pasara baru kepada para pelajar KUDQI,

‘mendalami ilmu-ilmu Islam di sini,”jelasnya, yang mebambah, ia akan mengambil masa bagi pemprosesan kerjasama antara KUDQI dan Unissa dalam tempoh dua tahun.

Ulasan