Pengorbanan ‘Pak Guard’ Menjaga Anak-anak dan Harta benda Sekolah Dihargai

cikgu alias pak guard1DUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias bin Harun melahirkan rasa bersyukur kepada ALlah dan terima kasih kepada semua pengawal keselamatan atau yang lebih ‘glamour’ dengan panggilan ‘Pak Guard’.


Beliau menyifatkan ‘Pak Guard’ adalah insan yang perlu dihargai kerana mereka telah menjalankan kerja dengan penuh dedikasi dan dengan penuh amanah.

“Siapa pun insan yang kita temui hendaklah dihargai dan dihormati, biarpun mereka miskin, kurang berpelajaran daripada kita. ”

“Saya juga menyeru kepada masyarakat marilah sama-sama kita menghormati dan menyanjung golongan pengawal keselamatan ini agar mereka tidak rasa terpinggir dalam masyarakat”

“Sedikit perhatian yang sewajarnya amat ditagih untuk membantu mereka yang setengahnya hidup dalam kekurangan untuk menjalani kehidupan berkeluarga pada zaman kos sara hidup yang semakin tinggi ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi pengawal-pengawal keselamatan yang bertugas di beberapa buah sekolah dalam DUN Rantau Abang semalam.

Program prihatin masyarakat yang dianjurkan bersama Lajnah Kebajikan Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang telah mengambil inisiatif menyantuni ‘Pak Guard’ yang bertuga pada waktu malam, telah tiga kali diadakan semenjak 2012 lagi.

Program tersebut bermula seawal jam 10 malam dan berakhir pada kira-kira jam 2 pagi itu, telah singgah di dua puluh buah sekolah di dalam DUN Rantau Abang.

Sehubungan itu, Bendahari Lajnah Kebajikan Pas Rantau Abang, Suhaimi Omar berkata, sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam serta dakwah, PAS menyifatkan tugas menjaga amanah yang dilaksanakan oleh Pak Guard adalah satu pengorbanan yang besar.

“Walaupun mereka ini iaitu pengawal keselamatan, tidak bermakna mereka terpinggir.Kerja yang memerlukan pengorbanan dan amanah ini sebenarnya adalah mulia kerana mereka akan menjaga dan juga mengawal harta sekolah sebenarnya,”

“Kita sebagai ibubapa yang ada menghantar anak ke sekolah semestinya harus berterimakasih kepada mereka kerana tugasan mereka yang ikhlas akan menjamin keselamatan anak-anak kita dan juga peralatan di sekolah”, kata Suhaimi.


cikgu alias pak guard3Menurut beliau lagi, sedikit buah tangan yang dibawa untuk mereka adalah sebagai tanda ingatan kepada mereka yang berkorban menjaga keselamatan demi kelangsungan pembelajaran anak-anak di sekolah.

Sehubungan itu salah seorang pengawal keselamatan yang ditemui, Saudara Hussin, 48 , mengucapkan terimakasih dan terharu dengan Cikgu Alias Harun yang perihatin dengan kerjaya pengawal keselamatan yang sanggup datang bertemu mereka.

“Walaupun kami ini berpendapatan yang tidak seberapa, namun kerja kami halal dan tidak mengharapkan bantuan daripada orang,

“Dalam suasana kenaikan taraf kos sara hidup kami mengharapkan keprihatinan dariapada masyarakat untuk membantu dan perihatin dengan keadaan kami,

“Dengan kedatangan YB Cikgu Alias ini untuk beramah mesra dan bertanya khabar sekurang-kurangnya dapat kami kongsikan nasib kami dan berharap ada pihak yang dapat membantu kami untuk masa-masa akan datang,”tambah Saudara Hussin.

Ulasan