KEMAMAN – Maklumat yang diperolehi oleh orang ramai tidak seimbang
kerana banyak perkara yang melibatkan penyelewengan dan pembaziran
kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu tidak di
dedahkan oleh media arus perdana.
Oleh itu, PAS menggunakan kaedah bersemuka, bertemu dengan khalayak bagi menyebarluaskan maklumat berkaitan.
Antaranya adalah, usaha yang diambil oleh Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kemaman yang bergabung tenaga bersama GEN 3 Kemaman mengedarkan risalah.
Pada Ahad 9 Februari, pengedaran risalah penerangan berhubung perlaksanaan GST dan pembaziran kerajaan negeri Terengganu di sekitar pasar malam di Bukit Kuang.
Menurut Ketua Penerangan PAS Kemaman YB Haji Hanafiah Mat, kesedaran rakyat kini lebih tinggi tentang isu-isu semasa rakyat dan mereka ‘cakna’ tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.
“menerima baik risalah yang di edarkan, ‘respon’ dari pengunjung (pasar malam) amat baik sekali, muslimat mengedarkan risalah isu pembaziran oleh kerajaan BN Terengganu yang diterbitkan oleh BPPNT,
“ia sangat menarik perhatian para pengunjung pasar malam di Bukit Kuang,”ujarnya ketika dihubungi.
Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, pihaknya sudah merangkan perancangan program penerangan yang akan berjalan mengikut jadual ke seluruh DUN di kawasan Kemaman.

Ulasan