Pengarah Program Majlis Pecah Tanah pelancaran pembinaan Fasa Ke-3 
Mohd Nasir Ismail berkata, keseluruhan KPMDI menelan belanja kira-kira 
RM3.5 juta
“apa yang kita tengok (dalam pembinaan) ini adalah Fasa (tiga) yang 
akan menempatkan dewan untuk mesyuarat, dewan untuk perbincangan awam, 
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong,
“kemudian kita akan khaskan tingkat 3 sebagai ‘homestay’ (manakala) 
di tindkat bawah kita aakan pusat komersial yang mengandungi keai 
serbaneka berskala kecil dan kiosk untuk peniaga-peniaga,”ujarnya
Beliau
 berkata demikian ketika ditemui sebelum Majlis yang akan disempurnakan 
oleh Presiden PAs Dato’ Seri Tuan Gu Abdul Hadi Awang bermula petang 
semalam Jumaat, 31 Januari.
Oleh itu, kata beliau yang juga Ahli Jawatankuaa PAS Kawasan Marang, 
kos pembinaan Fasa Ke-3 tersebut akan menelan belanja tidak kurang 
RM600,000.00, sebagaimana cadangan pembinaan bagi Fasa yang Ke-4, yang 
juga merupakan sebuah blok setinggi tiga tingkat.
“satu tingkat kita anggarkan menelan belanja RM200,000. jadi tiga 
tingkat tidak kurang RM600,000. dan keseluruhan kos yang kita perlukan 
dalam pembinaan KPMDI ini adalah RM3.5 juta,
“dan alhamduliLlah, sebahagian besar (kira-kira) 80 peratus sudah disiapkan,”jelasnya.
Justeru belau mengharapkan, para dermawan oleh menyalurkan sumbangan 
melalui ‘kopun-kopun’ yang telah kita sediakan atau boleh melayari laman
 web atau laman sosial MDI,
“disitu ada nombor-nombor akaun yang boleh kita salurkan bantuan,”katanya.
Ulasan