Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, telah membuat satu laporan polis
terhadap kenyataan Kassim Ahmad yang bercanggah dengan aqidah Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
Ketuanya Ustaz kamaruzzaman Abdullah berkata, pemikiran Kassim Ahmad sangat membahayakan kepada umat Islam, khususnya di Negara ini.
“kami menjalankan satu amanah untuk satu masalah yang berisiko tinggi iaitu penyelewengan akidah yang sedang berlaku di bumi Malaysia ini, khususnya yang berlaku sekarang ini,
“pemikiran Kassim Ahmad yang sangat membahayakan khususnya umat Islam di Malaysia ini (beliau) menghina RasuluLlah sampai peringkat beliau mengatakan (umat Islam) mendewakan RasuluLlah SAW,”tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam siding media selepas membuat laporan tersebu dib alai polis Kuala Terengganu pada Jumaat, 21 Februari.
Kamaruzzaman juga berkata, Kassim telah mempertikalkan hukum menutup aurat bagi wanita dan mengatakan ulamak sebagai kasta, umpama kasta paderi.
Beliau berkata pihaknya membuat laporan tersebut bagi memberikan kesedaran kepada semua pihak supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap
Kassim Ahmad dan pihak yang terlibat dengannya.
Katanya penyelwengan sedang berlaku yang turut dipelopori oleh kerajaan Malaysia dan pemimpin Umno serta Barisan Nasional (BN)
“kami Pemuda PAS juga mahu memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya, di sana ada juga virus yang begitu dahsyat iaitu penyelewengan hadis dan Al-Quran.
“Yang dipelopori oleh kerajaan Malaysia, pemimpin (umno dan) BN pada hari ini (oleh itu) Kami buat laporan polis hari ini, dengan ketidakkepuasan hati dan memohon kepada yang bertanggungjawab sila ambil perhatian serius perkara akidah ini,”jelasnya.
Sebelum itu, dalam himpunan bantahan secara aman yang diadakan di hadapan masjid Pengadang Baru, Timbalan Ketua Pemuda YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim Kassim Ahmad berkata Kassim telah menerbitkan sebuah buku tetapi diharamkan oleh kerajaan.
“kita tanya secara logiknya, kalau buku itu diharamkan, maka penulis ini tidak betul. Penulis antara yang bawa ajaran yang sesat, mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Jakim dan mengikut fatwa yang telah diterbitkan oleh banyak negeri, seperti kedah dan seumpamanya.
“Yang menjadi persolakan kita pada hari ini, mengapa Kassim Ahmad yang disebut buku karanganya menyesatkan orang oleh pihak kerajaan sendiri, tiba-tiba, Yayasan Kepimpinan Perdana, bawa pimpinan Tun Dr. Mahathir pergi panggil (dalam satu program),”ujarnya.
Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja pencabulan fatwa bahkan satu pengkhianatan terhadap ajaran Islam, dan merupakan contoh, pemimpin Umno membakar senstiviti umat Islam.
Oleh kerana itu, katanya, himpunan yang diadakan itu, bukan untuk mengambil kesempatan politik, tetapi kerana kepentingan untuk bersaksi kepada Nabi SAW, bahawa umatnya membela ucapan-ucapan yang dikeluarkan oleh nabi.
“kita akan terus membantah, kita akan buat laporan polis, kita harap agar Kassim Ahmad diambil tindakan tegas, Tun Dr. Mahathir juga diambil tindakan.
“Kita harap, semua rakyat semua dan umat islam bangkit dan kita sangat sansitif, (keran )baru lepas bulan Rabi’ulawal, kita sambut kelahiran nabi, kita sambut dengan begitu baik,
“tiba-tiba, hari ini, dia (Kassim dan Tun Mahathir) telah menggores perasaan umat Islam sampai ke tahap nak tolak hadis-hadis nabi,”katanya.

Ulasan