MARANG – PAS tidak pernah berdendam dengan mana-mana musuh politiknya
terutama dari kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) meski
pun berlainan fahaman ideologi.
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah tidak kekok untuk melawat serta menziarahi bekas Adun BN Pengkalan Berangan, Dato’ Yahya Khatib Mohamad yang mengidap penyakit angin ahmar.
Ustaz Mohd Nor berkata meski pun Umno-BN adalah ‘musuh’ politiknya tetapi hubungan persaudaraan Islam tidak ada batasan.
Menurutnya, secara peribadi Dato’ Yahya Khatib merupakan sahabat ketika berada di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu di penggal yang lalu.
Namun, katanya prinsip dan dasar Umno-BN tetap menjadi musuh politik PAS sampai bila-bila selagi parti itu tidak berubah.
“Saya ziarah dia (Yahya) kerana beliau sakit terkena angin ahmar. Beliau saya anggap sebagai kawan dan sahabat politik ketika di dewan (Dun Terengganu)…dia Adun BN Pengkalan Berangan dan saya Adun PAS Bukit Payong.
“Tapi, prinsip dan dasar parti Umno-BN yang tidak betul itu tetap akan jadi musuh politik PAS sampai bila-bila selagi dia (parti) tidak berubah, Insya’Allah,” tegasnya kepada media, 28 Mac lalu.
Menurut Ustaz Mohd Nor, beliau diberitahu oleh bekas pemimpin Umno-BN itu untuk tidak akan terlibat secara langsung lagi dengan dunia politiknya.
Yahya Khatib pernah menjadi ahli Exco Kerajaan Negeri Terengganu dan bekas Ketua Umno Bahagian Marang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 13 Mac lalu akibat penyakit angin ahmar tahap satu.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, beliau bertanding sebagai calon BN bagi Parlimen Marang menentang Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetapi tewas.

Ulasan