Berhimpun Depan Resort; MB Gagal Selesai Masalah Pekerja ‘Taaras’

taras protesSETIU – Penduduk Pulau Redang kesal kerana kehadiran Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said ke pulau percutian itu, gagal menyelesaikan masalah yang membelenggu para pekerja sebuah pusat percutian.



Menurut wakil penduduk, Idrus Md Amin, 49, sudah lama masalah dihadapi oleh para pekerjaTaras Beach Resort dengan pihak pengurusannya.

“saya dimaklumkan……..pihak pengurusan tidak membenarkan para pekerjanya yang beragama Islam untuk keluar menunaikan solat Jumaat setiap minggu,

“mereka juga memaklumkan, ada memberitahu MB ketikaMB melawat baru-baru ini, tapi nampaknya tak dapat selesai,”ujarya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, pihak pekerja terbabit telah ‘berhimpun’ dihadapan pintu masuk ‘resort’ tersebut pada hari Jumaat 21 Mac lalu.

taras protes2Seorang pekerja yang membuat catatan pada laman sosialnya, menyifatkan tindakan beberapa orang pegurus pusat percutian tersebut sebagai ‘jahat’.

“Kita semua (mahu) mereka yang jahat keluar dari ‘Taaras’……….. (keluar dari ) Pulau Redang,

kita nak ‘manager’……… 2, 3 , 4 ekor keluar dari ‘resort’ kita…………pasal jahat sangat,

“ya………..kita sedang lakukan sesuatu (berhimpun dihadapan resort).. …….. sebab ada 2, 3 orang manager sagat jahat,”tulisnya.

Ulasan