BPPNT Ucap Takziah Kepada PAS Kemaman, Setiu

tmp_IMG-20140313-WA00621247335719KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terenggan mengucapkan takziah kepada PAS Kawasan Kemaman yang telah kehilangan seorang aktivis.

Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abd Rashid turut merakamkan ucapan takziah kepada aktivis PAS Kawasan Setiu, Ustaz Abdul Rahman @ Zaman Bakri kerana anak lelakinya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.


Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Baru, allahyarham Mohd Noor bin Jusoh meninggal dunia jam 3:15 petang Khamis di kilang Onshore Gas Terminal (OGT) Kerteh akibat terjatuh dari ketinggian 7.5 meter.

Arwah berusia 46 tahun meninggalkan seorang balu dan enam orang anak, jenazahnya telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Pekan Kemasik.

Sementara itu, motosikal yang ditunggang oleh Abrar Abdul Rahman telah berlanggar dengan sebuah bas ekspres di KM101 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Apal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu, Abrar Abdul Rahman, 17, dikatakan keluar dari bahu jalan sebelum membuat pusingan `U’ di tempat kejadian hingga menyebabkannya dilanggar oleh bas.

Allahyarham dilaporkan sedang menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh ketika kejadian berlaku.

“BPPNT mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua yang meninggal dunia dan berharap dapat bersabar dalam menerima ujian dari Allah SWT,”ujar Haji Muhyiddin.

Ulasan