Para pemuda Islam disaran supaya sentiasa peka dan mempersiapkan diri
mereka dengan ilmu dunia dan akhirat agar tidak mudah ditipu oleh
golongan-golongan yang berniat jahat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Islam membenarkan hiburan tetapi, jangan ‘asyik’ sehingga leka dan lalai dari tanggungjawab, terutamanya kepada Allah SWT.
“Janganlah kita kosong dengan ilmu dunia dan akhirat kerana dunia ini penuh dengan penipuan. Mereka tidak dapat menguasai kita jika kita penuhkan diri kita dengan ilmu.
“Oleh itu orang muda, jangan leka dengan hiburan sebab inilah antara cara mereka menipu dan menghanyutkan kita.
“Berhibur tidak salah, kena pilih hiburan macamana dan kena ada hadnya serta jangan kita tinggal solat,” tegas beliau.
Beliau berkata demikian ketika menutup ketika menutup program rehlah anak-anak muda dari Cawangan PAS Kampung Surau Panjang yand berlangsung di Kawasan Perkelahan Air Terjun Chemerong, Pasir Raja, Dungun.
Program riadah berilmu dan bermaklumat itu, disertai oleh 63 orang pemuda bermotosikal, mengumpulkan anak-anak muda dari PAS Cawangan Kampung Surau Panjang dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong telah diadakan Jumaat lalu.
Program perkhemahan selama dua hari dua malam itu, diadakan di Kawasan Perkelahan Air Terjun Chemerong, Pasir Raja, Dungun disertai oleh seramai 63 orang pemuda bermotosikal.
Menurut Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Surau Panjang, Ustaz Zakaria Said, rehlah tersebut merupakan acara tahunan yang sudah diadakan sejak empat tahun lalu.
Beliau berkata, rehlah ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara ahli Pemuda PAS cawangan sesama mereka, selain meningkat ilmu dan pengalaman.
Katanya, ia juga menjadi medan latihan kepada bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam organisasi Pemuda PAS, sebagai pemimpin dan penggiat parti untuk masa depan.
“Kami menggunakan peluang ini bagi mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahi agar mudah mereka memahami sesama mereka terutama apabila menjalankan kerja-kerja parti.
“Diantara mereka juga mungkin ada bakat terpendam untuk menjadi pemimpin, maka ini juga peluang bagi kami bagi mengenengahkan bakat-bakat mereka,” kata beliau.
Selain dari mengajar keselamatan jalanraya, beberapa pertandingan sesama peserta bagi memeriahkan lagi program, turut diadakan.

Ulasan