MBKT, Kerajaan Negeri Perlu Serius Menangani ‘Wabak’ Keracunan Makanan

KUALA TERENGGANU – PAS Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Ilme Mat Adam atas kematian anak lelakinya, adik Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme akibat dari keracunan makanan pada hari Isnin, 3 Mac lalu.


Ketua Penerangannya YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Terengganu menyifatkan kejadian keracunan makanan yang berlaku di Kuala Terengganu sudah sampai peringkat wabak.

“dengan jumlah mangsa setakat ini telah mencecah 101 orang yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, kami difahamkan bahawa keracunan ini adalah berpunca dari makanan yang dibeli oleh mangsa di Pasar Malam Taman Shahbandar, Kuala Terengganu.

tmp_IMG_20140304_223304145731840
“Kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dato’ Dr. Haji Anwa Sulaiman atas kepantasan pasukannya bertindak, apabila dimaklumkan bahawa, pihaknya sudahpun mengenal pasti tiga peniaga pasar malam yang terlibat dengan kes keracunan makanan ini,”ujarnya

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Rabu 5 Mac.

Bagaimana pun, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong PAS mendesak kerajaan negeri khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengambil tindakan drastik.

Katanya, Langkah-langkah penjagaan kebersihan perlu diperketatkan dengan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 & Kebersihan Makanan 2009.

“(kami) menggesa kerajaan negeri memperkemaskan prasarana yang mencukupi di semua lokaliti pasar malam seperti paip bekalan air bersih, tapak pasar minggu yang bertar bagi mengurangkan masalah debu, sistem kumbahan yang teratur dan pembuangan sisa buangan yang sistematik,”jelasnya.

Disamping itu, kata beliau, kerajaan juga perlu bertindak tegas atas kecuaian dari aspek kebersihan yang dilakukan oleh para peniaga.

YB-Mohd-Nor-Hamzah-1024x687“Kami juga menyarankan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menyiasat mana-mana peniaga yang tidak mematuhi aspek kebersihan ini termasuk tidak mengambil suntikan thypim,

“agar dikenakan hukuman yang lebih berat, supaya menjadi pengajaran kepada peniaga-peniaga yang lain. Suntikan ini penting bagi memastikan setiap pengendali makanan bukan pembawa kepada kuman berbahaya Salmonella Thypii,”katanya

PAS Negeri Terengganu juga menggesa MBKT mengazetkan secara khusus lokaliti setiap pasar malam agar setiap pengusaha tidak terpaksa berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang tidak terjamin kebersihannya.

Beliau turut menyeru para peniaga, yang hampir keseluruhannya beragama Islam, memprkatikkan ajaran agama yang menitik beratkan soal-soal kebersihan dan menyerus orang ramai membuat pilihan makanan yang mahu dibeli.

“kami juga menyeru kepada semua peniaga-peniaga di Terengganu yang majoritinya Islam, agar menitikberatkan soal kebersihan, sesuai dengan saranan Islam, Kebersihan Itu Sebahagian Dari Iman.

“kami juga menyeru agar orang ramai mengamalkan sikap yang lebih serius memilih untuk membeli di gerai-gerai atau kedai-kedai yang diketahui benar-benar menjaga kebersihan sahaja bagi mengelakkan kejadian ini dari berulang,”ujarnya lagi.

Ulasan