MH370 Hilang; Jangan Jemu Berdoa, Munajat Kepada Allah

Hishamuddin Abd KarimKUALA NERUS – Abang kepada salah seorang penumpang pesawat MAS MH370 yang hilang, Mohd Lokman Abdul Hamid, 31, dan seisi keluarga tiada di rumahnya kerana berada di Kuala Lumpur

Beliau berada di ibu negara kerana menunggu berita tentang pasangan kakak dan abang iparnya, sebaik mengetahuinya melalu laman sosial pada 8 Mac lalu



Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yang cuba menghubungi dan mahu menziarahi Lokman.

“saya dah ‘call’ Lokman, dia tiada dirumah……….semua berada di Kuala Lumpur, tunggu berita kakak dan ibang iparnya,

“dia (Lokman) beasal dari Kuala Lumpur, tapi menetap (menyewa) di Taman Kokitab, Jalan Tok Jembal……….jadi tak jadilah nak ziarah dia,”ujarnya ketika dihubungi.

Hishamuddin berhasrat untuk menziarahi Lokman apabila mendapat berita tentang kakak Lokman, Norli Akmar, 33, dan abang iparnya, Mohd Razahan Zamani, 23, yang turut bersama 36 warga Malaysia yang lain berada dalam pesawat MAS yang hilang.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu berdoa untuk keselamatan kakak dan abang ipar Lokman serta semua penumpang serta anak kapal pesawat tersebut.

Katanya, kejadian yang menimpa kapal terbang jenis Boeing Boeing 777-200ER masih menjadi misteri dan teka-teki sehingga hari ini, setelah tiga hari hilang dari dikesan radar.

Mengulas insiden itu, beliau bersetuju dengan jawapan mantan ketua bahagian pesawat 777 MAS, Kapten Norudin Abd Majid, yang menyifatkan pesawat MH370 itu benar-benar hilang.

Justeru, Hishamuddin menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar tidak jemu-jemu berdoa dan bermunajat kepada Allah, semoga pesawat yang hilang itu ditemui.

Norudin dilaporkan berkata, pada waktu ini, adalah perlukan doa daripada orang-orang soleh dan ahli keluarga yang terbabit dengan insiden itu.

“Sekiranya teknologi sains tidak berjaya, maka kita kena guna cara lain. Benda ni ada kaitan dengan sains dan pencipta sains itu sendiri (Allah),”tegas Norudin

Ulasan