Pemuda Perlu Panduan Hadapi Dunia Yang Semakin Mencabar

DUNGUN – Pemuda PAS Cawangan Balai Besar Berjaya mengadakan program Santai Rehlah ke Tasik Kenyir pada 6 dan 7hb Mac 2014, melibatkan 30 orang pemuda terdiri daripada Jawatankuasa Pemuda Pas Cawangan dan petugas pilihanraya pada PRU 13 yang lalu.


Program rehlah ini merupakan satu penghargaan kepada petugas pemuda dalam PRU 13 yang lepas dimana Dun Rantau Abang telah berjaya ditawan oleh PAS dengan majoriti 141 undi.
Adun Rantau Abang Cikgu Alias bin Harun turut hadir bagi memberi kata rangsangan sebelum rombongan berlepas ke Tasik Kenyir.

“Golongan muda merupakan asset yang amat berharga kepada Parti kerana mereka bakal mewarisi kepimpinan yang ada di masa hadapan.

“Rehlah ini akan semestinya memberi satu impak yang positif kerana aktiviti ini akan menyerlahkan daya kepimpinan pemuda dalam mengatur dan menyusun gerak kerja untuk merencanakan aktiviti terbabit.”katanya

Beliau mengucapkan tahniah kepada PAS cawangan Balai Besar kerana Berjaya menganjurkan rehlah tersebut.

Katanya penganjuran program seperti itu membuktikan PAS bukan sekadar parti politik yang tahu berceramah sahaja, bahkan aktiviti PAS merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang membentuk nilai-nilai positif dalam masyarakat.
tmp_IMG-20140308-WA0047-1762006189

Menurut ketua rombongan, Rafidi Mohd Nor, 40, program ini dirancang sejak tahun 2013 lagi, dicadangkan oleh sebahagian pemuda semasa kempen PRU 13 yang lalu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Cawangan Balai Besar, para pemuda sangat perlu kepada tunjuk ajar sebagai panduan menjalani hidup sebagai seorang muslim yang semakin mencabar.

“Pemuda sangat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada semua pihak demi melangsungkan kepimpinan di peringkat cawangan terutamanya.

“Dengan adanya aktiviti seperti ini dapat mendidik pemuda meningkatkan berdisiplin dan akhlak berkumpulan dalam berjamaah.”katanya.

Sementara itu salah seorang peserta Abdul Rahman Abdullah, 37 , memberitahu bahawa dengan aktiviti yang dirancang sepanjang program rehlah akan dapat meringankan pemikiran disamping memberi peluang pemuda lebih mengenali sesama mereka.

“Disamping aktiviti memancing di Tasik Kenyir mereka juga mengadakan sessi perbincangan bagi merangka gerakkerja Pemuda cawangan sepanjang tahun 2014 ini”, tambah Abdul Rahman.

Ulasan