RM1.5 Juta Dah Habis…….Mana Velodrom?

alias harunDUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun melahirkan rasa hairan kerana, cadangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mendirikan sebuah Velodrom di Kampung Balai Besar dekat sini masih belum ditepati.

Beliau bekata, sehingga semalam Ahad 9 Mac, masih belum ada tanda-tanda projek dimulakan, walaupun cakap-cakap untuk membinanya telah kedengaran sejak tahun 2009 lagi.


Katanya, beliau turut dimaklumkan sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri Terengganu bagi menyiapkan tapak, stadium yang dilaporkan hanya bernilai RM3.5 juta sahaja.

“Kerajaan negeri Terengganu telah membelanjakan kira-kira RM1.5 Juta bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan tapak seluas lapan hektar tersebut menurut sumber pejabat menteri besar.

“Tetapi setakat ini tanah tersebut seolah terbiar tanpa ada sebarang struktur atau binaan bagi meyakinkan kita bahawa veledrom yang dijanjikan tersebut bakal terbina,”ujrnya ketika ditemui.

Beliau menyifatkan, ia adalah sesuatu yang amat malang kepada negeri Terengganu, seolah-olah ditipu oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihanraya umum yang lalu.

Pada bulan Disember 2010, Menteri Belia dan Sukan Shaberry Cheek telah merasmikan pecah tanah Velodrom tersebut dengan disaksikan oleh ADUN Rantau Abang ketika itu, Datuk Za’abar Mohd Adib.

Dalam bulan April, 2011, terdapat pertelingkahan dantar Shabery dengan kerajaan negeri apabila beliau membuat kenyataan tidak mahu campur tangan tentang pembinaan velodrom yang dicadangkan oleh kerajaan Ahmad Said sebanyak RM35 juta.

Katanya, kementerian Belia dan Sukan tidak akan campur tangan sekiranya Jabatan Kerja Raya (JKR) berhasrat meneruskan pembinaan Velodrom Dungun yang dikatakan mencecah RM36juta sedangkan jangkaan kos asal hanyalah RM3.5 juta.

Shaberry pecah tapak velodromBeliau berkata, pada asalnya kementerian melalui Majlis Sukan Negara hanya mahu membina sebuah mini velodrom di kawasan itu bagi tujuan latihan dan mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan itu.

Kerajaan Terengganu kemudiannya berkata, mungkin melihat model velodrom di Melbourne, Australia sebelum memutuskan reka bentuk pembinaan velodrom lumba basikal bernilai RM3 juta.

Buat masa ini, kerajaan negeri sedang dalam proses perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai reka bentuk velodrom yang akan dibina, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco negeri di sini, hari ini.

“Kita diberi peruntukan RM3 juta…ia sangat sedikit dan peruntukan tambahan diperlukan. Mungkin kita bina velodrom asas sebelum kemudahan lain ditambah secara berperingkat,” kata Datuk Za’abar yang juga Excco Infrastruktur ketika itu.

Namun, selepas itu, tiada lagi kedengaran, apa-aa berita berkenaan dengan pembinaan untuk kemudahan sukan rakyat itu

Ulasan