Akhirnya, Pasar ‘Berniaga Atas Tanah’ Diiktiraf Sebagai Pasar Borong

pasar borong negeri terengganuKUALA TERENGGANU – “Cara dia buat macam pasar Kedai Buluh, macam ke kat Haji Hadi begitulah, dengan tiang kayu reja, begitulah dia buat.
“Itulah pun ‘mentality’ dia orang. Cuba tengok kat Haji Hadi, macamana dia berniaga hari Jumaat, atas tanah, atas gerai-gerai gitulah,”kata Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said.

Beliau berkata selaku Exco kerajaan negeri Terengganu, memberi komen tentang isu pasar borong Gong Pauh, ketika Dato’ Seri Idris menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 2007.
Dengan nada yang ‘agak sombong’, Ahmad Said menambah, kerajaan negeri akan membina sebuah pasar borong baru yang dipanggil sebagai Pengkalan Agro atau ‘Agro Base’, bernilai RM40 juta.
“Pasal tu kita kerajaan negeri apa ni untuk (nak) buat ‘Pengkalan Agro Base’ yang baru tu di Bukit Payong RM40 juta kita buat. Kita baru buat plan design semua sekali dan akan bentang tak lama untuk keputusan,”kata Ahmad Said.
Namun begitu, setelah enam tahun berlalu dan beliau sudah menjadi Menteri Besar negeri Terengganu masuk penggal yang kedua, ‘Pengkalan Agro’ yang mahu dibina itu, masih belum wujud.
Pasar Borong Darul Iman (PBDI), Gong Pauh, Kuala Terengganu di tubuhkan dibawah Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, yang dipimpin oleh Dato’ Ustaz Abu Bakar chik selaku Exco Pertanian negeri Terengganu.
Pembukaannya secara rasmi pada 26 September 2002 oleh Meteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sempena Pelancaran Pelan Induk Petanian Negeri Terengganu.
Tapak asal Pasar tersebut adalah tapak jualan hasil tani Agromart, yang diletakkan dibawah kawalan Jabatan Petanian.
Kerajaan negeri ketika itu telah melantik Syarikat KPK Trading Sdn Bhd (KPKTSB) sebagai pengurus pasar tersebut yang bertanggungjawab memastikan urusniaga berjalan dengan baik setiap hari.
Pasar borong Gong pauh dibangunkan setelah pasar sebelumnya, yag beroperasi di hadapan pasar Cadang Tiga, gagal.
Bukan sahaja ‘pasar borong Cabang Tiga’ tidak mampu meyediakan infrastruktur yang lebih baik, malah pihak pengurusannya pada ketika itu berhutang jutaan ringgit kepada para petani yang membekalkan sayur-sayuran.
Sehingga kini, pasar borong Gong Pauh terus beroperasi dengan baik, walaupun senarionya tidak banyak berubah, selepas kerajaan negeri ditadbir oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak tahun 2004.
Disebalik pelbagai tindakan politik dan tekanan untuk ‘menghapuskan’ pasar borong tinggalan kerajaan PAS itu, ia akhirnya diiktiraf sebagai sebuah pasar borong di negeri Teregganu.
Pada sidang DUN yang berlangsung 13 hingga 15 April yang lalu, dalam menjawab soalan bertulis ADUN Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, kerajaan secara rasminya menyenaraikan lima buah pasar borong, termasuk pasar borong Gong Pauh di Kuala Terengganu.

Ulasan