Kehadiran Ramai Gambarkan Sentuhan Perjuangan Allahyarham

solat jenazah ustaz awang jidin4
Sentuhan Allahyarham Ustaz Awang Abu Bakar mendidik rakyat untuk berjuang menegakkan agama Allah digambarkan dengan kehadiran yang ramai menziarahi jenazahnya.


Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, beliau turut mendapat tunjuk ajar dari Allahyarham semasa menuntut di Koleh Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).

“Saya mewakili pihak Badan Perhubungan PAS Terengganu, mengucapkan takziah kepada keluarga arwah di atas kembalinya al-Fadhil Ustaz Awang Nasiruddin Abu Bakar, yang dikenali sebagai Ustaz Awang Jidin.

“Beliau merupakan tokoh dalam kepimpinan PAS negeri Terengganu yang banyak menyumbang dalam membina tenaga-tenaga dalam perjuangan PAS dan mengasaskan pembinaan masjid atTaqwa Batu Enam Kuala Nerus.

“Semasa saya semasa belajar di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) saya sering mendapat taujihat (tunjuk ajar) dari beliau di masjid at-Taqwa Batu Enam itu,” ujarnya ketika ditemui selepas solat jenazah Allahyarham si masjid atTaqwa pada Jumaat.

Katanya, pemergian Ustaz Awang Jidin yang pernag menjadi Ketua Dewan Ulamak merupakan satu kehilangan besar bagi PAS Terengganu.

Menurut Ustaz Satiful, khidmat beliau kepada rakyat Terengganu juga pernah disumbangkan ketika Exco kerajaan negeri semasa kerajaan campuran.

Katanya, kehadiran yang sangat ramai menziarahi jenazahnya mengambarkan sentuhan beliau dari kalangan anak murid beliau, penyokong-penyokong yang mendapat sentuhan dari beliau sendiri.

Oleh itu PAS Terengganu ami juga memohon doa agar beliau tergolong dalam orang-orang yang soleh dan para syuhadah dan an mendapat Jannah Allah.

“Kepada anak cucu beliau ini merupakan bukan satu kehilangan bahkan menjadi perangsang untuk berjuang di jalan Allah.

“Semoga kehilangan beliau akan menjadi rangsangan untuk kita semua meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh beliau,”katanya.

Ulasan