DUNGUN – “Indah khabar dari rupa………..” itulah perbidalan yang paling
sesuai diberikan kepada kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin oleh
Umno!
Dalam pada ke hulu dank ke hilir,Menteri Besar Ahmad Said menjaja cerita ribu-ribu rumah dibina, kononnya untuk rakyat, namu sebaliknya, rumah kos rendah di Taman Perumahan Paya Lawas dekat kampong Dendang dalam parlimen Dungun, hanyalah untuk sewa sahaja!
“saya dapat surat, dia tawarkan rumah ini, tapi hanya untuk sewa sahaja selama tiga tahun, sewa sebulan RM300 lebih sebulan,
“selepas tiga tahun, baru dinilai semula, kalau layak baru tanda tangan surat perjanjian,”ujar beliau yang ditemui di kawasan perumahan tersebut.
Beliau tidak mahu dikenali kerana bimbang pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ‘melenyapkan’ nama beliau dari senarai.
“saya tak tahu lagi, samada mahu terima atau tidak,”ujarnya lagi.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Dungun, Naraza Muda menempelak tindakan kerajaan Umno Terengganu itu yang dianggapnya, seolah-olah mempermainkan ‘hak’ rakyat untuk memiliki rumah.
“inilah dia kerajaan 1Malaysia, kerajaan Ahmad Said yang merakyatkan pembanguna dan pentadbiran negeri Terengganu,
“apa lagi yang beliau tak lakukan untuk menekan rakyat? Roboh rumah rakyat, rampas tanah rakyat, atas nama kerajaan………bukankah kerajaan sepatutnya menyediakan kemudahan untuk rakyat,
“tetapi kerajaan Umno hari ini menyediakan kemudahan untuk suku sakat dan kontraktor kroni,”tegasnya.
Menurutnya, projek rumah tersebut telah lama disiapkan tetapi gagal diberikan kepada orang ramai kerana perbalahan dikalangan ahli-ahli Umno sendiri.
Katanya, banyak rumah tersebut telah rosak dan ditumbuhi rumput serta kerajaan Umno melalui PERMINT membelanjakan pula wang rakyat bagi menjaga dan membaik pulih.
“sudah dua kali cuba diagihkan, saya diberitahu………senarai nama bahkan fail asal pembahagian rumah tersebut telah lesap, kerana perbalahan dikalangan ahli-ahli Umno yang berebut untuk mendapatkan rumah itu,”jelasnya.

Ulasan