KUALA TERENGGANU – Walaupun telah memperuntukkan dan membelanjakan
jumlah kewangan yang besar kepada program pelajar Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) tahun 201, namun pencapaian lulus semua ‘A’ dalam
keputusan peperikaan tersebut menurun.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, penurunan tersebut adalah disebabkan mata pelajaran bahasa Inggeris.
“Memang kita berlaku kemerosotan dalam ‘straight’ (lulus semua) ‘A’ tetapi kita mempunyai peningkatan dalam pencapaian dalam purata gred pencapaian,
“kegagalan kita mendapat lulus semua A adalah kerana masalah bahasa Inggeris, kita menghadapi masalah pencapaian bahasa Inggeris,”ujarya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh ADUN Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) hari ini, Isnin 13 April.
Menurut ADUN Ajil itu, rakyat Terengganu lebih lemah berbahasa Inggeris berbanding dengan Kelantan kerana menurutnya, ‘orang’ Kelantan lebih ‘mobile’.
Bagaimana pun, jawapan tersebut disanggah oleh Ustaz Satiful yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.
Menurut Ustaz Satiful, berlaku kemerosotan lulus ‘A’ bukan hanya hanya dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, tetapi juga dalam mata pelajaran Matematik.
Sebaliknya, Ghazali Taib tidak menawab pertanyaan tersebut dan hanya memberikan jawapannya focus kepada bahasa Inggeris sahaja.
Walau pun sesetengah pihak, tertamanya Umno Terengganu mendakwa, kerajaannya cemerlang dalam keputusan SPM sejak beberapa tahun lalu, namun hakikatnya, terdapat banyak kelemahan.
Justeru selepas diumumkan keputusan tersebut pada bulan Mac lalu, Kerajaan Negeri Terengganu memutuskan, akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menjalankan post mortem mengenai keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di negeri ini.
Jawatankuasa itu juga akan mengkaji sama ada keperluan bagi pelajar sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Sejarah yang menjadi mata pelajaran wajib lulus selain Bahasa Melayu sebagai punca penurunanan itu.
Sebanyak 18,314 pelajar atau 89.31 peratus calon yang menduduki SPM tahun lepas lulus peperiksaan itu berbanding 19,635 atau 94.03 peratus pada tahun 2012.
Manakala pelajar yang mendapat kelulusan semua mata pelajaran ‘A’ telah menurun dari 513 orang pada tahun 2012 kepada hanya 464 orang pada tahun 2013.

Ulasan