MARANG – Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusof
berkata sudah tiba masa Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) mesti
dijatuhkan dari tampuk pemerintahan negara ini.
Justeru, katanya mulai sekarang Muslimat PAS perlu menyusun saf dan jentera parti bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.
“Saya ingin memberi peringatan, sudah sampai masanya Umno-BN ini yang terlalu lama memerintah negara dijatuhkan dari tampuk pemerintahannya.
“Mulai sekarang muslimat kita (PAS) kena susun saf dan jentera parti di semua peringkat masing-masing untuk kita hadapi pilihan raya (PRU14) akan datang.
“Rapatkan saf perjuangan dan usah biarkan musuh-musuh politik kita (PAS) ambil kesempatan untuk pecah-belahkan kesatuan kerjasama dalam Pakatan Rakyat ini,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Jubli Emas 50 Tahun Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) di Dewan Tok Guru Rusila, Marang pada 29 Mac lalu.
Menurutnya, jika dibiarkan Umno-BN terus memerintah pelbagai masalah timbul yang menyusahkan rakyat dan negara.
Justeru, katanya, Pakatan Rakyat perlu diperkuatkan dengan membina hubungan kerjasama yang baik antara rakan-rakan dalam Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP.
Menurut Siti Zailah, hubungan yang baik dalam ‘keluarga’ seperti Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga tidak boleh dipandang ringan.
“Saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan dalam Pakatan rakyat di seluruh negeri dan negara. Kukuhkan pakatan kita (PAS) di Terengganu ini.
“Bina hubungan baik dengan semua rakan-rakan kita dalam PKR dan DAP, begitu juga dengan ‘keluarga’ kita dari DHPP dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain,” ujarnya dihadapan lebih 1000 hadirin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menyifatkan hasil hubungan baik dan kerjasama sebelum ini Pakatan Rakyat berjaya di Pulau Pinang, Selangor dan Perak (seketika) serta kekal di Kelantan.

Ulasan