“Tidak Semudah Itu, Saya Akan Gulung Tikar Bantal Dan Berpindah,”Tekad Haji Salleh

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas, Haji Salleh Embong bertekad menegaskan, beliau dan rakan-rakannya akan meneruskan perjuangan menuntut hak mereka kerana beliau yakin tindakan kerajaan Umno-BN tidak betul dan melanggar peraturan.

“yang pertama, kerajaan langgar akta prosedur. Oleh kerana kerajaan melanggar prosedur, kita merasakan kita tak perlu berpindah sebab prosedur tak betul. Maka marilah notis 425 2013. Jadi sekarang ni kita mencabar notis, notis suruh keluar.
“(Notis) 425 ni (adalah) notis tanah haram, tapi (tanah) kita bukan tanah haram. Sebab kita duit (gantirugi) tak dapat lagi (tak ambil lagi). Prosedur tak betul. Jadi kita cabar notis tu,”ujarnya.
Katanya, ada pihak yang cuba melewat-lewatkan sebutan kes tersebut di mahkamah dan cuba memberi tekanan ‘pemikiran’, namun beliau dan jiran-jirannya akan terus mempertahankan hak milik tanah yang mereka pusakai.
“Saya tengok ini (kali) yang keempat lah, mari mahkamah ni. Kita merasakan bahawa ada satu benda yang tidak betul. Kalau lah betul kita yang salah, dia boleh buat keputusan dah (dengan cepat).
“Jadi kenapa begitu lama ‘heret’ (kes) ni kita pun tak tahu. Mungkin satu usaha untuk melemahkan kita.Jadi saya dah beritahu. Semalam saya pergi surau batu burok, orang ajak sembahyang hajat. Saya kata kita tidak akan letih,”jelasnya ketika ditemui di kompleks mahkamah Kuala Terengganu 23 April lalu.
Dengan tegas beliau berkata, sekiranya beliau kalah dalam kes tersebut di mahkamah tinggi, beliau akan membawanya ke mahkamah rayuan.
Dan sekiranya, keputusan di mahkamah rayuan tidak memihak kepadaya, beliau akan membawa ke peringkat lebih tinggi iaitu ke mahkamah persekutuan.
“Ini satu perjuangan jadi tiada apa yang letih. Kalau mahkamah rasakan cara kita buat tidak betul, maka kita ikut lah dia. Tapi hak kita pertikaikan notis tu tetap kita pertikaikan.
“Dan kita pertikaikan juga kenapa mari dengan pasukan keselamatan yang ramai. Kita pertikai, sebab dia Cuma nak hantar notis, bukan nak roboh rumah.
Justeru itu, Haji Salleh Embong menegaskan beliau dan rakan-rakannya bukan komunis yang menentang kerajaan tanah sebarang bukti dan ‘usul periksa’.
“Jadi kita sebagai rakyat kita berhak bersuara bila kerajaan ada buat perkara yang tidak betul. Kita bukan menentang kerajaan membabi buta, kita bukan komunis ni. Sebab itu dalam hujah kita yang terakhir, kita beritahu, kalau pihak defendan mengatakan akta ini betul di sebelah dia,
“maka kita minta supaya dia buat pindaan pada akta. Jadi insyaAllah saya rasa kes ini boleh diselesaikan,”katanya.
Beliau telah bertekad, dan berikrar tidak akan dengan semudah yang disangkakan leh pihak kerajaan Umno-BN akan berpindah keluar dari rumah dan tanahnya.
“Kita dah beritahu, kita tak mudah nak angkat tikar dan bantal kita nak pindah. Tak semudah itu…… Setakat ini rumah itu masih kekal lagi. Saya beritahu, keadaan ni sama macam yang berlaku di lahad Datu.
“Saya dianggap sebagai penceroboh. Tapi malangnya saya nak beritahu sini, pegawai yang bertanggungjawab bahagian urusan tanah, bahagian hantar notis telah pun meninggal,”tambahnya.

Ulasan