ADUN Tepoh Saran Kerajaan Bina Segera Balai Bomba

- Pertimbang Untuk Tubuh Pasukan Bomba Sukarela
Hishamuddin bomba1KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd. Karim merakamkan ucapan terima kasih kepada para petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pasukan Bomba Sukarela Seri Nerus yang telah mengawasi ‘kemaraan api’ dan memadamkan kebakaran sekitar Kampung Padang Air dan Taman Perumahan Desa Solehah.

“Saya terharu dengan pengorbanan pihak bomba dan (bomba) sukarela. (Jika) Kita lihat dari sudut kemampuan pasukan bomba sendiri agak kekurangan,
“jentera-jentera dalam masa yang sama (betugas dilokasi lain kerana) ada kebakaran yang banyak. Pasukan (bomba dan bomba sukarela) sendiri pun tidak mempunyai anggota mencukupi,”ujarnya.
Oleh itu, beliau mengharapkan pihak kerajaan khususnya kerajaan persekutuan agar dapat meluluskan dan membina segera sebuah balai bomba bagi kawasan Kuala Nerus.
“Selaku wakil rakyat bagi DUN Tepoh. Sekali lagi, (saya) mengharap agar pihak kerajaan menyegerakan pembinaan sebuah balai bomba di Kuala Nerus ini,
“khususnya Menteri Besar (yang) baharu datang dari (kawasan) Kuala Nerus,”katanya ketika ditemui selepas meninjau operasi pasukan bomba dan penyelamat pada Ahad 25 Mei.
Beliau menegaskan, pertimbangan mewujudkan sebuah balai bomba dan menambah anggota peyelamat itu adalah amat wajar untuk kepentingan rakyat secara keseluruhan.
Menyentuh cadangan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat sendiri yang menyarankan agar ditubuhkan lebih banyak pasukan bomba sukarela, beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu akan menliti perkara tersebut.
“Pihak kami juga sedang meneliti beberapa cadangan untuk membantu dan menyokong budaya sukarelawan bomba, dan kita akan terus memberi sokongan kepada pasukan sukarelawan.
“Kita harap kerajaan, terus bagi sokongan kepada mereka. Kerana, mereka betul-betul buat kerja,”jelasnya.
Hishamuddin bomba2Beliau kagum dengan kegigihan pasukan bomba sukarela Seri Nerus yang menggunakan ‘harta benda’ anggota mereka sendiri untuk membantu dan menyelamatkan nyawa dan harta benda dari malapetaka kebakaran.
Beliau menyeru seluruh masyarakat supaya mencontohi dan memberikan sokongan kepada usaha murni pasukan bomba dan anggota bomba sukarela.
“Budaya seperti ini, kita harap masyarakat juga bersama-sama membantu. Cadangan (penubuhan pasukan bomba sukarela) tesebut agak bagus, kita akan mempertimbangankan.
“Untuk cuba bawa di kawasan (kampong) Tok Jiring, (Kampung) Padang Air…….Kita akan lihat kemampuan (tenaga),”tambahya.
Beliau yang telah mendapat dari anggota bomba yang bertugas yakin, Jabatan Bomba dan Penyelamat memberikan ‘komitmen’ dari sudut latihan dan peralatan memadam kebakaran.
“saya yakin pihak bomba akan memberi sokongan. Asas pembentukan kumpulan tersebut, kita akan cuba memperpanjangkan dan berbincang dengan pasukan (bomba sukarela) Seri Nerus yang ada pengalaman dalam hal ini,”ujarnya lagi.

Ulasan