‘Cakna Wakil Rakyat’ Tingkat Kualiti Khidmat

tmp__DSC2344-1598314110MARANG – Program kemasyarakatan ‘Cakna Wakil Rakyat’ dianjurkan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Payong telah diadakan selama lima hari, bermula pada 23 April hingga 27 April lalu.
Selain mengeratkan silaturrahim, hubungan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ustaz Mohd Nor Hamzah dengan rakyat Bukit Payong, program tersebut dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan cawangan-cawangan PAS.

Pengarah ‘Cakna Wakil Rakyat’ Haji Zamri Sulaiman berkata, ia dilangsungkan dibeberapa daerah mengundi (unit peti undi – upu) terpilih.
Antaranya, kata beliau, daerah mengundi Pekan Bukit Payong, Paya Resak, Sekolah Bukit Payong dan Mak Kemas.
“Manakala bagi UPU-UPU yang lain program ini akan dirancang selepas ini (kemudian) kerana masa yang terhad, untuk menyelesaikannya di semua UPU,
“kerana ia melibatkan pelbagai program kebajikan, ziarah rumah ke rumah, dan acara riadah,”ujarnya.
Sementara itu, menurut Haji Zamri, pengisian rohani dan motivasi ‘dikembarkan’ sekali dengan kuliah-kuliah agama, usrah, bacaan surah Yaasin
Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor yang ditemui melahirkan sukacita terhadap penganjuran program tersebut dan berharap agar ianya diteruskan dimasa hadapan.
“Cawangan juga akan bekerja dengan lebih kuat lagi bagi menawarkan khidmat kepada mereka yang kurang bernasib baik, apa yang penting khidmat kita kepada masyarakat mestilah berterusan.
“Walaupun tiada peruntukan dari kerajaan, namun itu bukanlah satu alasan bagi kita untuk berpeluk tubuh sahaja.Kita sebagai ahli kepada parti Islam, mestilah memberikan khidmat kerana Allah,
“nescaya kita akan dibantu oleh Allah dari sumber yang tidak disangka-sangka,” pesan beliau kepada para sukarelawan yang menjayakan program tersebut.

Ulasan