Jamaah Masjid Bantah Cukai Pintu

IMG-20140520-WA0003MARANG – Pihak Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Cukai Pintu Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat telah membuka Kaunter Khas di Masjid Jamek Pengadang Baru bagi membuka peluang kepada orang ramai untuk menyatakan bantahan mereka.

Kaunter tersebut yang dibuka sempena kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus pada Isnin 19 Mei itu telah mendapat sambutan dari para jamaah masjid.
“Alhamdulillah, walaupun dibuka di perkarangan masjid, sambutan yang diberikan oleh orang adalah diluar dugaan,”kata ADUN Alor Limbat Ustaz Ariffin deraman ketika dihubungi.
Menurutnya, kempen membantah cadangan kenaikan cukai pintu oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah berjalan hampir sebulan, digerakkan di peringkat Negeri melalui kawasan-kawasan dibawah MBKT.
Katanya, ia telah menyedarkan orang ramai yang menyalurkan perasaan tidak puas hati mereka atas kenaikan yang mendadak cukai tersebut.
“Perasaan tersebut dizahirkan dalam bantahan yang dibuat pada malam tersebut. Kehadiran berpusu-pusu ke kaunter bantahan dan mereka menurunkan tandatangan menggambarkan orang ramai menentang kenaikan tersebut yang dikhabarkan sehingga 600%,”tambahnya
In Shaa Allah, kaunter khas ini akan terus dibuka di tempat2 orang ramai bagi memberi penerangan dan khidmat yang sesuai.

Ulasan