DUNGUN – Kerajaan negeri Terengganu digesa bertindak mentaati titah tuanku sultan ketika baginda merasmikan pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 13 April lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Wan Hapandi Wan Nik berkata, baginda bertitah agar kerajaan melaksanakan tadbir urus yang baik dan telus dapat pentadbiran.
Beliau berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah antara agensi kerajaan yang perlu dipertingkatkan khidmatnya, sejajar saranan tuanku sultan.
Menurutnya, kes melibatkan keluarga yang ditimpa kesusahan dan terpaksa tinggal di premis bekas kandang kambing yang berlaku dalam DUN Sura, adalah satu contoh JKKK tidak mengamalkan tadbir urus yang baik.
Sehubungan itu, beliau melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana beliau bersama jentera Majlis Tindakan DUN Sura berjaya membantu keluarga terbabit.
“Saya bersyukur setelah genap setahun diberi kemenangan, dengan kerjasama semua pihak yang prihatin terhadap golongan yang memerlukan,
“rumah ini berjaya disiapkan sebagaimana dijadualkan, ” ujar beliau semasa berucap pada Majlis ringkas sempena penyerahan rumah bantuan kepada keluarga
Mohd Sazlly Najalhi.
Mohd Sazlly Najalhi.
Setahun lalu, Sazlly dan isterinya Salina Abu Bakar, serta tiga orang mereka yang terpaksa tinggal di kandang kambing terbiar kerana tidak mampu untuk membina kediaman sendiri.
Namun, berkat usaha dan kerjasama semua pihak yang prihatin, MTD Sura dapat merelisasikan impian Sazlly untuk memiliki rumah sendiri.
Impian Sazlly yang tertangguh sejak sepuluh tahun lalu itu, kini bukan lagi igauan kepada beliau sekeluarga.
“Saya masih ingat, kita mulakan mesyuarat untuk tujuan ini akhir tahun 2013 lalu dan pada Januari baru-baru ini kita mulakan pembinaannya,
“Selaku wakil rakyat pembangkang, kita dizalimi dan dinafikan hak, tidak diberi sebarang peruntukan untuk mambantu rakyat,
‘walau bagaimana pun hasrat untuk melihat golongan yang memerlukan tidak terpinggir, melalui sikap prihatin daripada para dermawan khususnya,”jelas Wan Hapandi.
Katanya dengan kos sebanyak RM28 ribu, hasrat murni semua pihak yang ikhlas menghulurkan bantuan berjaya direalisasikan.
Justeru beliau merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada para dermawan dan petugas sukarela, yang telah menjayakan pembinaan rumah tersebut.
Ulasan