Kerajaan Diminta Prihatin Kebajikan Anggota Bomba

selamat hari bomba 2014UALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia bagi Tahun 2014 yang disambut pada 4 Mei setiap tahun.

Sempena sambutan tersebut, Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berdoa agar khidmat dan bakti para anggota bomba dimasukkan sebagai amal yang soleh oleh Allah SWT.
“Untuk mengenang jasa khidmat mereka sempena Hari Bomba Sedunia ini, pihak PAS mengucapkan Selamat Hari Bomba dan semoga segala khidmat bakti anda termasuk sebagai amal soleh di sisi Allah,
“semoga (semua anggota bomba) istiqamah berkhidmat bersama rakyat,”ujarnya. [Gambar bawah - Isteri Ustaz Satiful, Sabariah Bt Alias mewakili beliau menyampaikan kek kepada anggota bomba di Balai Bomba Santung, sempena sambutan Hari Bomba semalam]
Beliau berkata,PAS menghargai pengorbanan anggota bomba yang bertugas siang dan malam memadamkan kebakaran terutama pada musim kemarau yang sedang melanda, khususnya di negeri Terengganu.
Oleh itu, beliau mengajak semua rakyat menghargai jasa para anggota bomba yang bertungkus lumus siang dan malam.
“musim kemarau pada tahun ini mencatatkan kadar kepanasan yang luar biasa yang menyebabkan berlakunya banyak kebakaran hutan khususnya di negeri Terengganu.
“ia begitu meluas merebak dan melibatkan ratusan, malah ribuan hektar hutan dan kebakaran berlaku dalam tempoh waktu yang panjang.
“Kita sendiri kekadang terlepas pandang, dan kita berharap masyarakat menghargai pihak bomba yang bertungkus lumus, siang dan malam,”katanya.
Justeru, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Ustaz Satiful berharap kerajaan dapat memberikan sedikit perhatian kepada kebajikan anggota-anggota bomba, terutamanya mereka yang berpangkat rendah.
“sebelum ini ada sungutan oleh anggota bomba gred KB17, iaitu anggota bomba yang berpangkat rendah…….. kita (PAS) harap kerajaan persekutuan dapat memberikan sedikit perhatian,
“mereka ini adalah anggota-anggota yang paling berisiko kerana berdepan dengan risiko apabila berlaku kebakaran dan malapetaka,”jelasnya.

Ulasan