Pemuda PAS Marang Hantar ‘Kek’ Sempena Hari Guru

MARANG – Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang semalam telah mengadakan majlis penyerahan kek ke sekolah-sekolah terpilih sebagai simbolik sempena sambutan hari guru yang di sambut 16 Mei setiap tahun.

Deligasi DPPKM diketuai oleh Ketuanya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Naib Ketua Ustaz Sulaiman Sulong serta Ahli-ahli Jawtankuasa Kerjanya.
Sebanyak tiga buah sekolah yang telah dipilih diziarhi oleh rombongan DPPKM, dimulakan dengan Maahad Darul Quran Rusila kemudian Madrasah Darul Iman Kedai Buloh seterusnya PASTI Bukit Payong.
Ketika di minta untuk mengulas, Ustaz Muhammad Khalil yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia berkata “Islam memandang tinggi profesien perguruan serta mengajar umatnya agar menghormati dan memuliakan insan bernama guru. Ini kerana peranan guru sangat penting di dalam melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak.”

Ulasan