Presiden PAS Dan Isteri Menjadi Inspirasi

IMG-20140521-WA0025Oleh ; Ida Hidayah
MARANG – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan sahaja menjadi pemimpin rakyat di negara ini, malah ketokohan beliau memimpin umat Islam diiktiraf dunia, timur dan barat.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) Cikgu Safinah Jusoh, dibelakang kehidupan seorang suami adalah seorang isteri yang banyak mendorong dan memberi bantuan.
Katanya, pembantu yang setia kepada Ustaz Abdul Hadi adalah isterinya To’ Puan Seri Zainab Awang Ngah.
“lebih-lebih lagi dalam perjuangan PAS sebagai gerakan Islam dan sebuah parti politik, yang penuh dengan dugaan dan cabaran,
“sudah tentu ada seseorang yang mendorong dan memberikan semangat,”ujarnya.
Beliau yang mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan ziarah, mengucapkan selamat kepada isteri To’ Puan Seri Zainab Awang Ngah, sempena ulangtahun kelahirannya yang ke- 62.
Bersama Cikgu Safinah dalam kunjungan itu ialah, Penasihat DMPNT, Hajah Fatimah Ismail @ Mak Su, Ketua Penerangan Puan Maznah Muftahuddin dan beberapa Ahli Jawatankuasa DMPNT.
Sehubungan itu, beliau berdoa agar kedua-duanya, Ustaz Abdul Hadi dan isterinya terus menjadi ‘ikon’ kepada generasi akan datang.
“Semoga Tuan Guru dan isteri sentiasa di kurniakan kesihatan dan dipanjangkan umur,
“untuk terus menjadi inspirasi kepada generasi baru dan lama agar terus istiqomah di dalam perjuangan,”kata beliau.
Sementara itu, dalam pertemuan yang ringkas tersebut, Puan Maznah Muftahuddin mengucapkan terima kasih dan berbesar hati kerana Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menunaikan permintaannya, ‘mentahnik’ cucu beliau.

Ulasan