Program PAS Bukan Hanya Berlegar Di Masjid Sahaja

hadiSETIU – Sebagai sebuah gerakan Islam dan parti politik, program PAS tidak hanya berlegar didalam masjid sahaja, tetapi pelbagai aktiviti dilaksanakan untuk menyeru manusia kembali kembali kepada Islam.
Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berharap, usaha PAS itu akan dapat mengubah pemikiran masyarakat mempelajsr Islam menyokong parti Islam.
“program PAS ini bukan hanya berlegar dalam masjid, tetapi kita menerokai sehingga ke tengah padang dan kini kita masuk sehingga ke dalam hutan.
“Semoga suara Islam, suara untuk membesarkan Allah itu bergema ke setiap lapangan lapangan,”ujarnya.
Dengan itu, beliau berharap suara Islam yang dibawa PAS untuk membesarkan Allah diatas mukabumi ini, bergema ke setiap lapangan lapangan da diterima disetiap perkngkat masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kembara Tarbawi 2014 di Kampung Bintang dekat sini pada Jumaat 24 Mei.
Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Yang Dipertua PAS Setiu Ustaz Sahari Zukirnain Abdul Kadir dan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi selsku perasmi ptogram.
Selaku Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Terengganu, beliau menjelaskan, PAS menerokai segenap sisi kehidupan bagi mendidik ahli dan penyokongnya dengan latihan fizikal dan spritual, menurut acuan Islam.
“Hari ini kita sama-sama berhimpun di Setiu, dalam rangka program kita (ini), sebagaimana biasa (tahun-tahun sebelumnya), kita bermula di (masjid) Rusila bersama-sama dengan (mengikuti) kuliah tuan guru
“dan hari ini kita buat pengisian khutbah Jumaat dan malam mini insyaAllah kita akan ada lagi beberapa pengisian untuk kita bersama. Bukan hanya kita mengambil peluang dengan persekitaran alam, kita mengisi bukan hanya fizikal tetapi rohani juga,”teganya.
Beliau mengucapkan syabas dan tahnish kepada PAS Setiu yang melancarkan kelab kembara lasak yang dipanggi sebasai ‘Gesek’ dan berharap iamenjadi satu usha yang boleh mengembangkan pengaruh PAS di Setiu.
“saya juga berharap agar (program di)Setiu ini sekurang kurangnya dapat menyumbang satu kerusi pada PRU yang akan datang insyaAllah,”katanya.

Ulasan