KUALA TERENGGANU – Masalah pencerobohan nelayan asing melalui bot-bot tempatan yang menjadi dalang, tidak dapat diselesaikan, walaupun mari penguatkuasa Maritim Malaysia mengadakan operasi dan menangkap nelayan terbabit.
Menurut Ahli Palimen Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, bot-bot yang menjadi dalang, samada disewakan kepada warga asing atau mengambil nelayan asing menjadi pekerja.
Oleh kerana pihak berkuasa pula sering tidak sekata, siapakah antara mereka yang bertanggungjawab, beliau menyarankan agar lesen kepada bot yang menjadi dalang nelayan asing itu ditarik balik dan dibekukan lesennya.
“(Agensi Penguatkuasa ) Maritim dia tak kawal lesen, jabatan perikanan (dan jabatan) laut (yang beri lesen), Maritim ini kerja dia tangkap, (tapi) tanggkap (pun) kerja polis. Tak ada kerja sama.
“Bertindang-tinding (bertindih) sekali, masing-masing kata yang ini (tugas) Maritim, yang ini (kerja) Jabatan Laut, jabatan (itu dan) yang ini…….Siapa yang bertanggungjawab sekarang ini?
“Orang dalam (yang dapat lesen) adalah orang besar………dan dia berpusat di Kuala lumpur . kita cadangkan batalkan (lesen) bot ‘cargo’ (yang menjadi dalang nelayan asing),”ujarnya.
Beliau berkata, selain menyalahgunakan kemudahan dan anugerah lesen yang diberikan oleh kerajaan, pemilik bot tersebut juga disifatkan sebagai ‘pengkhianat’ kerana terdapat kes-kes dimana, (minyak) diesel bersubsidi dijual kepada nelayan asing.
“Dia (pemilik bot) salah guna lesen ini……..yang (selain) itu macam-macam lagi berlaku……. dia boleh (dapat) diesel harga murah (bersubsidi)………. jual kepada Vietnam.
“Orang Vietnam (duduk atas bot) sebab bot itu didaftar atas nama (rakyat) Malaysia……….. macam (pengkhianat) mana (boleh) dibenarkan 100% kepada rakyat Vietnam,”tegasnya.
Ulasan