Demo Diteruskan – Rakyat Tidak Dapat Terima Kenaikan Cukai Pintu

demo diteruskan1KUALA TERENGGANU – Himpunan aman membantah kenaikan cukai pintu yang dijadualkan berlangsung esok, Rabu 4 Jun di hadapan Wisma Darul Iman akan diteruskan sebagaimana yang dirancang.

Pengerusi Jawatankuasa Membantah Kenaikan Cukai Pintu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, rakyat tidak akan menerima sebarang kenaikan cukai pintu yang menambahkan beban kehidupan.
“Keputusan mesyuarat pelarasan hari ini Perhimpunan Aman Bantah Kenaikan Cukai Pintu Terengganu diteruskan seperti dirancang. Semua Kenyataan2 Akhbar dan Media oleh YAB Menteri Besar Terengganu adalah tidak konklusif dan tiada arahan sekat kenaikan Cukai Pintu,
“Tingkatkan lagi tekanan dan bantahan. Kita sudah didepan pintu gol. Jangan sampai terlupa sepak ke pintu gawang,”ujarnya dalam satu kenyataan ringkas, selepas mesyuarat tersebut yang diadakan pada pagi ini, Selasa 3 Jun.
Pada sidang media Ahad, 1 jun, Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu Hai Yahaya Ali telah mengumumkan atu Himpunan Aman akan diadakan berikutan kegagalan kerajaan Umno-BN Terengganu menangani bantahan rakyat.
Sejak buan lalu, warga bandaraya Kuala Terengganu telah menerima notis kenaikan cukai pintu yang ‘mendadak’ dan ‘melampau’ sehingga mencecah 1000 peratus.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan kadar kenaikan tersebut.
Walaupun beliau membuat kenyataan menangguh kenaikan cukai pintu itu, dakwaan tersebut tidak diyakini oleh orang ramai termasuk oleh Umno Bahagian Kuala Terengganu, yang bertidak menghantar ‘memorandum dukacita’.
Sedangkan sebelum itu, Umno bahagian tersebut telah menaikkan kain-kain rentang mengucapka terima kasih kepada Razif kerana membuat kenyataan menangguhkan cukai yang tinggi itu.
Pada masa yang sama akhbar melaporkan, Datuk Bandar Kuala Terengganu menyatakan proses cadangan kenaikan cukai it uterus berjalan sebagaimana biasa.
Hari ini, jam 12 tengahari, Datuk Azlan Dagang memanggil sidang media di pejabatnya di menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Apa jua keputusan dan pengumuman yang dibuat oleh pihak MBKT ditolak kerana rakyat sama sekali tidak bersetuju ia dinaikkan.
“Kita tidak terima sebarang kenaikan Cukai Pintu,”ujar Amzad

Ulasan