Institut Itqanul Muluk Menjunjung Kasih Titah Sultan Mizan

tmp_IMG_20140601_112645-200406826KUALA NERUS – Institut Itqan al-Muluk menjunjung kasih kepada titah sultan Mizan Zainal Abidin yang mahukan kerajaan negeri menyediakan satu perancangan strategik dan secara holistik dalam usaha mendaulatkan syariah dari semasa ke semasa.

Pengerusinya Datuk Ustaz Abu Bakar Chik berkata, titah tuanku itu memberikan satu pengertian yang besar kepada rakyat negeri Terengganu.
“kita (Itqanul Muluk) menyifatkan titah tuanku memberikan pengertian yang besar kepada rakyat negeri Terengganu dan menganggap,
“(titah Sultan Terengganu seperti) tindakan Sultan Brunei itu sebenarnya menyelamatkan kesultanan Islam, dan (dengan) hasrat mahu kembali kepada Islam,”tegasnya.
Beliau berkata, titah Sultan Terengganu agar kerajaan negeri menyediakan satu perancangan strategik dan secara holistik dalam usaha mendaulatkan syariah dari semasa ke semasa, adalah amat tepat.
Ustaz Abu Bakar Chik yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui pada Seminar Gejala Sosial yang di anjurkan oleh Institut Itqanul Muluk di Dewan Masjid Tok Jiring dekat sini pada Sabtu 31 Mei.
Beliau berkata, pihak kerajaan negeri harus mengambil tindakan sewajarnya bagi melaksanakan titah perintah Sultan Mizan itu.
Sehubungan itu, sebagai sebuah Institut Kajian dan Pengajian Strategik negeri Terengganu, Itqanul Muluk akan mengambil tindakan bagi melaksanakan resolusi dari Seminar yang diadakan itu.

Ulasan