Janji Bantuan Banjir RM1500 Belum Ditepati


 KEMAMAN – Mangsa banjir ‘luar biasa’ yang melanda daerah ini pada musim tengkujuh lalu menuntut bantuan kewangan RM1500 yang dijanjikan oleh kerajaan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat@Ramly berkata, janji kerajaan negeri Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah pimpinan ADUN Kijal Dato’ Seri Ahmad Said masih belum ditepati.

“Mat said janji nok bagi duit banjir kepada rumah-rumah yang hilang perabut dalam rumah (yang kena banjir) sebanyak RM1500.00 masih belum tertunai.



“mohon MB baru menyelesaikan kes tersebut…….rakyat tertanya-tanya mana pergi peruntukan banjir?,”ujarnya kesal.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan dan melancarkan Program Larian Bersama Kali Ke 8 tahun 2014 di Dewan Komuniti Cina, Chukai, dekat sini pada Jumaat 20 Jun.



Katanya, kira-kira 5,000 orang penduduk sekitar Chukai dan Air Putih yang terjejas akibat banjir paling buruk sejak 30 tahun lalu, masih belum menerima nantuan yang dijanjikan kerajaan Umno itu.
Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu turut mengungkit rungutan para mangsa banjir yang mendapat bantuan barangan elektrik tidak sepadan dengan nilai dijanjikan.



“saya sudah sebut beberapa kali, kerajaan pusat janji nak beri barangan elektrik bernilai RM5,000 kepada mangsa banjir,



“tapi mereka dapat barang elektrik yang tidak berjenama, nilai tidak sepadan, kurang dari yang dijanjikan,”jelasnya.



Oleh itu, beliau berharap, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman selaku penyambung tugas Ahmad Said dapat mengambil perhatian sewajar dan melunaskan segala janji-janji yang dibuat.



Menyentuh tentang program larian yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan, Kerteh Hash Harrier, Hanafiah berkata, penyertaan sekitar 400 orang peserta daripada Kemaman, Dungun dan Kuala Terenggganu.



“ada juga peserta dari Pahang, Johor dan Kuala Lumpur…….. mereka berkumpul mulai jam 4 petang dan memulalan larian mulai jam 4.30 petang dengan memanjat bukit Mak Dayang melalui anak tangga dengan mengambil masa satu jam hingga 2 jam,”ujarnya yang turut sama dalam larian itu.

Ulasan