Jawatakuasa Membantah Cukai Pintu Akan Terus ‘Dihidupkan’

20140604_111737KUALA TERENGGANU – Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu (DEMI) Haji Yahaya Ali mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai, berikutan penganjuran Himpunan Membantah Kenaika Cukai Pintu pada Rabu 4 Mei lalu.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu berkata, Jawatakuasa Bertindak Membantah Keaikan tersebut yang ditubuh dibawah DEMI tidak akan dibubarkab, walaupun Himpunan tersebut telah Berjaya diadakan.
Katanya, lagkah tersebut diambil sebagai satu persediaan menghadapi tindakan kerajaan khususnya pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terhadap isu terbabit.
“saya ucap teima kasih kepada semua pihak, khususnya warga bandaraya Kuala Terengganu yang memberikan sokongan dan menjayakan Himpunan Aman Membantah Cukai Pintu,
“kita tidak akan membubarkan Jawatankuasa Bertindak Membantah Cukai Pintu yang telah ditubuhkan bagi menhadapi tindakan sebenar yang akan diambil oleh pihak MBKT selepas ini,”jelasnya.
Menurutnya, berdasarkan maklumbalas Menteri Besar Datuk Ahmad Razif dan kenyataan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Azlan Dagang, kenaikan cukai pintu tersebut hanya ditangguhkan dan bukannya dbatalkan.
Oleh itu, beliau menyeru seluruh rakyat, bukan sahaja dalam kawasan MBKT bahkan dibawah pihak berkuasa tempatan, samada Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah membuat persiapan bagi menghadapi apa jua tindakan yang diputuskan oleh kerajaan Umo dan Barisan Nasional (BN) Terengganu

Ulasan