‘Cakna YB’; Program Bebas, Interaktif dan Berkesan


IMG_4399KUALA NERUS – Majlis Tindakan Dun Bukit Tunggal Sekali lagi dalam rangka kerjanya yang kedua menganjurkan Program Yang Berhormat (YB) Cakna Rakyat di daerah mengundi (Unit Peti Undi – UPU) Pengkalan Arang.




Ia merangkumi kawasan Kampung Pengkalan Arang dan Kampung Pak Katak, dekat Batu Enam di sini.



Program tersebut bermula pada sebelah pagi dengan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dan berakhir pada sebelah petangnya dengan Majlis Dialog bersama YB.



Antara aktiviti ‘bersepadu’ yang dijalankan adalah, menziarah penduduk yang sakit dan uzur,menunaikan solat berjemaah di Masjid Pengakalan Arang, memberikan khidmat rawatan perubatan moden dan as-syifa’ secara percuma serta majlis gotong royong perdana.



Majlis penutup pada sebelah petang diteruskan dengan penyampaian hadiah mengikut kategori aktiviti yang dipertandingkan, termasuk sukaneka, pertandingan wau cantik, gubahan hantaran bagi wanita, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.



Sumbangan bantuan keperluan harian turut disampaikan kepada golongan fakir miskin.



Menurut Pengarah Program, Haji Iszeham B Mohd Ali, program ‘Cakna YB’ sambutan amat memberangsangkan daripada penduduk UPU terbabit.
IMG_4472
Katanya, para penduduk hadir dan memberikan kerjasama serta menghulurkan tangan untuk membantu.



“Kita berusaha sedaya mampu untuk memastikan ADUN Bukit Tunggal dan Ahli Parlimen Kuala Nerus mendapat tempat di hati rakyat dengan penganjuran program ini.



“Program ini akan diteruskan untuk UPU Batu Enam dan lain-lain lagi pada masa akan datang” ujarnya ketika ditemui.



ADUN Bukit Tunggal, Dr Hj Alias Razak menyifatkan, program tersebut adalah satu medan terbuka secara bebas dan ‘interaktif’ antara wakil rakyat dengan penduduk .

IMG_4442

Katanya, perjumpaan dengan ‘rakyat yang diwakilinya’ bukan sahaja dapat memberikan khidmat tetapi juga dapat mengumpulkan respons dan maklumbalas dari penduduk terbabit.



“kita turun berjumpa dengan rakyat secara bebas agar tidak ada yang merasa adanya perbezaan dan meroboh tembok pemisah,



“selain memastikan kebajikan mereka terjaga, masalah mereka didengari dan juga menghubungkan silaturrahim antara wakil rakyat dengan rakyat yang diwakili,”jelasnya.



Turut menyokong dan mengambil bahagian pada program Cakna YB itu adala Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri.



Ketika diminta memberikan komen beliau berkata, program seumpama yang dilaksanakan itu sangat berkesan dalam merangka gerak kerja pilihan raya yang bersistematik bagi mengekalkan kemenangan.

  • “ia harus dijadikan contoh bagi DUN yang lain dalam Parlimen Kuala Nerus,”katanya.

Ulasan