NGO Sepakat Gerakkan Kebangkitan Rakyat


KUALA NERUS – Kesemua enam NGO yang terlibat dengan program ‘Forum Pentas Isu Rakyat’ sepakat menggerakkan kebangkitan bagi menuntut perubahan demi kepentingan rakyat.

Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) Haji Ahmad Amzad Hashim menyfatkan program yang diadakan pada 26 Jun di pekan Batu Enam dekat sini, berjaya mengenengahkan isu berkaitan usahawan Melayu, tanah, pembangunan, royalti, pendidikan dan mahasiswa



“Alhamdulillah saya fikir ‘Pentas Isu Rakyat’ tadi berjaya menonjolkan isu-isu rakyat seperti masalah usahawan melayu, tanah, pembangunan, royalti, pendidikan dan mahasiswa,



“pandangan diberi dalam konteks jangkaan serta harapan kepada MB Terengganu yang baru,”ujarnya ketika ditemui selepas program tersebut.



Antara mereka yang terlibat dengan Forum tersebut adalah Pengerusi Tepoh Care YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim, Ketua Penerangan Anak Naraz Muda, Presiden Ganti Tuan Hj Amzad Hashim, Anggota Institut Peduli Rakyat Haji Salleh Embong, Pengerusi ‘R’ Terengganu Cikgu Fauzi Abu Samah dan Pengerusi Gamis Terengganu Zhahirin Sharifuddin.


Turut Hadir adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu YB Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Jefri Chua

Ulasan