PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan ahli keluarga Almarhum Ustaz Datuk Abu Bakar Chik yang telah pulang ke rahmatullah pada pagi ini.
“Sesungguhnya pemergian beliau adalah amat mengejutkan, merupakan suatu kehilangan besar bukan sahaja kepada parti tetapi kepada dunia gerakan Islam seluruhnya.
“Semoga jasa dan ilmu yang disampaikannya kepada kita menjadi amalan soleh yang berterusan di sisi Allah SWT,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau berdoa semoga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan para pejuang Islam dan solihin.
[Gambar - Atas - kunjungan perpisahan......almarhum mengunjungi Presiden PAS di Kuala Lumpur semalam dan gambar bawah - almarhum menyampaikan kuliah di syeksen 9 Shah Alam, semalam]
Sementara itu, Dewan Ulamak PAS menyeru seluruh masyarakat bersama menunaikan solat janazah yang akan didirikan selepas solat Asar buat Pejuang, Syaikhi wa Habibi al-Marhum Ust Dato Abu Bakar Chik
Setiausahanya Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata solat janazah untuk al-Marhum Ust Abu Bakar Chik insyallah akan berlangsung selepas Asar di madrasah al-Marhum, Maahad Tahfiz dan Tarbiyah, Tok Jiring.
“Saya menyeru seluruh tuan guru, para ulamak, para pejuang dan umat Islam khususnya di Kuala Nerus hadir beramai-ramai sebagai hadiah buat sang pejuang mujahid ummah.
“Al-Marhum mengepalai Dewan Pemuda PAS untuk tempoh yang panjang dan mencetak kader-kader dakwah di kalangan anak muda. Al-Marhum diuji dengan penjara sebagai tahanan ISA. Al-Marhum adalah mata rantai 5 tokoh gerakan Islam dari Terengganu yang mewarnai kepimpinan PAS di peringkat Nasional untuk tempoh yang panjang sejak muda sebaris dan sezaman dengan Tuan Guru Hj Abdul Hadi, Al-Marhum Tuan Guru Harun Taib, Dato Mustafa Ali dan Dato Wan Mutalib Embong,”ujarnya dalam satu kenyataan
Dr Khairuddin berkata, antara jasa al-marhum yang sangat besar ialah mengasas dan menggerakkan Institut Berakan yang menjadi ikon pendidikan negeri Terengganu dan memberi peluang pendidikan dan tarbiyah kepada puluhan ribu remaja dan anak muda akhir 70 an sehingga pertengahan 90 an.
“Institut Berakan telah melahirkan kader dakwah dan petugas gerakan Islam yang sangat ramai dan menjadi pemimpin di pelbagai peringkat. Seterusnya jihad pendidikan beliau diteruskan dengan penubuhan rangkaian Sekolah Rendah Islam Pintar awal 90 an dan seterusnya Maahad Tahfiz wa Tarbiyah di Tok Jiring sejak 90 an sehingga sekarang. Terakhir beliau mengasaskan Intitut Itqanul Muluk yang mengkaji pelbagai dasar pengurusan dan pentadbiran negara.
“Moga Allah merahmati Al-Marhum dan menempatkannya di kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin,”katanya yang diakhiri dengan doa seperti dibawah;
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Al-Marhum merupakan seorang mujahid gerakan Islam, pendakwah dan pendidik yang gigih seawal usia muda. Al-Marhum terlibat sebagai pimpinan mahasiswa Islam semasa muda dan seterusnya kepimpinan gerakan Islam di peringkat Terengganu dan Nasional sehingga ke akhir usia.

Ulasan