Oleh : Raihanah Zakaria
KUALA NERUS – Anak-anak muda yang bersama dengan PAS dididik mendalami ilmu fardhu kifayah secara amaliah dalam program yang dinamakan sebagai ‘Program Adam dan Hawa (PERAMAH)’.
Menurut Pengarah PERAMAH Ustaz Mohammad Rozi Sakiman, pogram yang dikendalikan oleh Waja, sebuah NGO dibawah PAS mensasarkan para peserta berumur antara 16 hingga 19 tahun.
Katanya, para peserta didedahkan dengan kaedah praktikal pengurusan jenazah dan penyembilahn haiwan bagi melengkapkan persiapan kehidupan untuk maa hadapan.
“Program pada kali ini kami lebihkan kepada ilmu kifayah,iaitu bagi memupuk anak-anak muda untuk faham dan amal.
“ Slot yang pertama ialah khursus pengurusan jenazah dan cara penyembelihan haiwan, dan didalam dua slot itu, peserta telah diberikan dua teks yang berasingan, dan bilangan peserta seramai tiga puluh empat orang.”ujarnya .
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program tersebut yang diadakan di masjid Kampung Batin, Seberang Takir pada Rabu 4 Mei.
Katanya, penganjuran program tersebut sesuai dengan Visi Waja yang ingin melahirkan remaja yang berkefahaman dan berkebolehan tentang agama serta memperjuangkan syariat Islam.
Mohamad Rozi juga berharap, dengan mendedahkan para remaja dengan aktiviti seumpama itu dapat melahirkan para pemuda Islam yang berkualiti serta aktif.
“Harapan saya ialah (melalui program dianjurkan) untuk melahirkan insan yang berkualiti serta aktif dan dapat menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Dan mengamalkan apa yang mereka pelajari,”tambahnya.
Ulasan