Bajet RM2 bilion, Zakat RM90 juta Tapi Fakir Miskin Masih Ramai



DUNGUN – Jumlah fakir dan miskin di kalangan rakyat sepatutnya semakin berkurangan, malah tidak mustahil dihapuskan sama sekali dengan bajet dan kutipan zakat yang begitu banyak.


Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan negeri Terengganu meluluskan bajet tahunan sebanyak lebih RM2 bilion selain kutipan zakat mencecah RM90 juta setahun juta setahun.



“sepatutnya tiada lagi golongan fakir atau miskin dalam negeri Terengganu ini dengan kutipan zakat yang sebanyak itu, tetapi ada lagi yang kita (PAS) terpaksa bantu mereka ini.



“bajet Terengganu RM2.2 bilion setahun bebanding kelantan hanya RM450 juta saja, dekat 5 kali ganda (berbeza) dengan Terengganu.”ujar beliau.



Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful berkata demikian ketika berucap, pada Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Fakir dan Miskin di Dataran PGU, Paka pada Sabtu 12 Julai.



Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun bajet kedua-dua negeri itu amat jauh berbeza, namun tidak nampak perbezaan ketara dari segi pembagunan, antara Terengganu dan Kelantan.



Menurutnya, kerajaan PAS Terengganu yang memerintah pada tahun 1999 hinga tahun 2004 telah dapat mengurangkan kadar kemiskinan dengan memberi rakyat memiliki tanah.


 
Malangnya, kata beliau, kerajaan Terengganu dibawah kepimpinan Umno telah menutup permohonan tanah dan hanya meluluskannya kepada pihak tertentu, termasuk wakil-wakil rakyat Umno.


Oleh itu, beliau berikrar, sekiranya PAS diberi peluang untuk memerintah kembali, kerajaan akan membuka permohonan tanah bagi membolehkan rakyat memiliki tapak untuk membina sebuah rumah.



“paling kurang satu keluarga satu lot tanah (tapak rumah)……….berbanding sebelum ni Menteri Besar Terengganu Ahmad Said luluskan tanah (untuk wakil rakyat),



“(dan) luluskan 2,600 ekar tanah kepada syarikat (dari negara) China Eastern Steel (dan lain-lain) di Besul (untuk ) kawasan (lombong) bijih,


“(tapi) rakyat mohon (untuk) satu lot tanah pun disekat,”jelasnya.


Sebanyak 5, 500 kilogram beras dan RM68, 000 telah disampaikan kepada seramai 784 orang yang terdiri daripada golongan fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), anak yatim dan lain-lain,



Turut hadir, berucap dan menyampaikan sumbangan adalah Ahli Parlimen Dungun yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly.

Ulasan