Darah dan Nyawa Warga Gaza Lebih Bernilai; Syabas Azizulhasni!

IMG_20140730_101010KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Azizulhasni Awang, pelumba basikal yang mewakili Negara di sukan komawel, yang sedang berlangsung di Glassgow sekarang.
Walaupun gagal meraih pingat emas dunia, kata Pesuruhjaya PAS YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, InsyaAllah, dapat pingat di akhirat, kerana menzahirkan sokongan dan solidariti ke atas umat Islam di Gaza yang sedang dizalimi rejim Israel.
“AlhamduliLlah, kita ucapkan tahniah dan syabas kepada Azizulhasni yang berani menzahirkan kebenaran, walaupun tindakannya dianggap kontroversi,




“Walaupun beliau pulang tanpa membawa pingat emas tetapi kami amat berbangga dengan pencapaian dan tindakan beliau, syabas dan tahniah,”ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri Bersama Perantau di markaz Tarbiah PAS Kuala Ibai semalam.
Ustaz satiful berkata demikian ketika memberikan komen terhadap tindakan pelumba basikal berasal dari Dungun itu beraksi dengan memakai sarung tangan yang bertulis ‘SAVE GAZA’.
Menurutnya, tindakan Azizulhasni meyokong dan simpati kepada warga Gaza menunjukkan beliau ambil ‘cakne’ tentang masalah umat Islam.
“ia menepati kehendak agama Islam selaras dengan pesanan Rasulullah SAW, sesiapa yang tidak mengambil berat, perkara yang dialami oleh ummat Islam bukan dikalangan kita,
“bukan dikalangan kita, (bukan dikalangan) orang-orang Islam yang tidak mengambil berat tentang nasib yang menimpa sesame saudara seIslam,”jelas Ustaz Satiful.
Beliau berkata, pingat sukan komanwel adalah hanya sanjungan dan pencapaian duniawi, tetapi prihatin terhadap umat Islam merupakan pengiktirafan yang kekal abadi.
“Darah dan nyawa rakyat Gaza adalah lebih penting dan bernilai lebih berharga dari sebarang pingat diatas dunia ini,”tambahnya

Ulasan