Gaza : Umat Islam Tidak Boleh Harap Kuasa Barat



KUALA TERENGGANU – Umat Islam di seluruh dunia tidak boleh mengharapkan kuasa-kuasa barat untuk menangani atau membela Gaza dan Palestin yang sedang di serang bertubi-tubi oleh rejim Israel.



Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu Fathi Aziz Abu Bakar menegaskan, ia adalah kerana, kuasa-kuasa besar tersebut bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang telah menubuhkan Israel pada tahun 1948.



“Amerika, British, Perancis…….mereka yang menubuhkan negara haram Israel, bagaimana kita nak mengharapkan kuasa-kuasa barat ini,



“untuk membela umat Islam di Gaza dan Palestin yang sedang diserang sekarang,”ujarnya



Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah sempena bulan Ramadhan di masjid Tok Jiring, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyah, dekat sini.



Sementara itu, kata beliau, negara-negara umat Islam di seluruh dunia pula hanya ‘memandang’ apa yang berlaku dan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan, kerana mempunyai kepentingan masing-masing.

Ulasan