Kunjungan Kasih’ Ketua Muslimat Pusat


KUALA TERENGGANU – Ziarah dalam konteks ‘Negara Berkebajikan’ adalah menjadi satu kemestian, apatah lagi dalan bulan ‘Ramadhan’ yang penuh dengan barakah.


Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah Mohd Yusoff, sebagai sebuah parti dan gerakan Islam, amalan berkunjungan dan ziarah merupakan amalan yang berterusan dikalangan para anggotanya.



“kunjungan dan ziarah tidak akan terputus sebagaimana tidak terputusnya hubungan dengan jemaah dan Parti,



“cuma jarak masa untuk bertemu itu terbatas,”ujarnya.



Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan itu, berkata demikian selepas menziarahi mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, To’ Puan Fatimah Zainab di rumahnya, di Kampung Kubang Lembek, Manir, pada Jumaat 11 Julai.



Beliau adalah balu kepada mantan Ketua Dewan Ulamak PAS almarhum Ustaz Dato’ Harun Taib, menerima sijil penghargaan dan cenderahati dari Siti Zailah, mewakili saf kepimpinan Dewan Muslimat.



Sehubungan itu, Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu merasa cukup bertuah, kerana menerima kunjungan Ketua Muslimat PAS Pusat.



Menurut Ketuanya, Zaiton Abbas, selain merapatkan saf muslimat, kunjung mengunjung juga meningkatkan silaturRahim dan kebersamaan dalam meneruskan perjuangan.



Beliau berkata demikian selepas mengiringi Siti Zailah menziarahi keluarga Ahli Jawatankuasa Muslimat Kuala Terengganu, Allahyarham Siti Radziah Ibrahim yang telah kembali meninggal dunia pada 3 Julai lalu.



Turut mengiringi ziarah Siti Zailah ke Kampung Durian Burung itu adalah isteri kepada ADUN Wakaf Mempelam, Wan Fatimah Wan Abdullah.



Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Terengganu Safinah Jusoh dan Naibnya Raja Endun Raja Abdul Rahman mengiringi ziarah Siti Zailah ke kawasan Dungun dan Kemaman.

Ulasan