Surau dan Masjid ‘Wadah’ Perkongsian Kasih Sayang



KUALA NERUS – Program Jalinan Kasih Cakna Ramadhan 1435 H bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh merupakan program perkongsian kasih sayang antara ahli masyarakat khususnya di kalangan yang ‘memerlukan’.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim menganggarkan tidak kurang 20 orang fakir miskin akan menerima bantuan dari setiap kampung sepanjang bulan Ramadhan ini.

“program pada hari ini merupakan program besar yang kita anjurkan dalam konsep perkongsian kasih sayang di antara ahli masyarakat,




“khususnya di kalangan yang memerlukan di kalangan fakir miskin untuk kita sama-sama bergembira dalam menyambut Ramadhan dan ketibaan Syawal,”ujarnya.



Beliau mensasarkan, seramai lebih 500 orang golongan yang kurang bernasib baik akan mendapat bantuan bagi meringankan beban mereka menjelang Eidul Fitri.



“Saya menjangkakkan dalam bulan Ramadhan ini agihan yang kita buat adalah untuk 500 orang fakir miskin keseluruhannya daripada DUN Tepoh.



“Yang (mana) sebahagiannya akan berlaku ulangan kali ke 2 sebelum daripada Aidilfitri, tapi itu akan dianjurkan diperingkat Cawangan masing-masing berdasarkan kepada kemampuan.”jelasnya.



Sehubungan itu, beliau mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para petugas di peringkat cawangan-cawangan PAS yang telah menjayakan program tersebut.



Katanya, seluruh surau dan masjid juga akan digerakkan sebagai wadah perkongsian, bukan hanya untuk sembahyang semata-mata.



“Insya Allah kita akan teruskan, bukan sahaja pada bulan ini malahan pada bulan-bulan yang lain. Insya Allah kita akan gerakkan melaui surau dan masjid untuk mewujudkan suasana (bahawa) masjid dan surau adalah tempat perkongsian bersama dengan masyarakat,



“bukan sahaja untuk ibadah sembahyang semata-mata. Jadi, Alhamdulillah sedikit sebanyak sebahagian tempat telah membuktikan perkara ini untuk dilaksanakan.”jelasnya.

Ulasan