200 Naskah Mushaf al-Quran Diperlukan


quranKUALA TERENGGANU – Delegasi Misi Korban dan Akikah Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) mensasarkan dapat mengumpul sumbangan mushaf al-Quran sebanyak 200 naskah untuk disampaikan kepada para pelarian di Sudan.
Ketua Delegasi Mohd Fauzi Abu Samah berkata, sebanyak 100 naskah al-Quran telah di hantar kepada penduduk terbabit di wilayah Kassala pada tiga bulan yang lalu.


“Kita akan membeli Al-Quran disana dan ‘target’ kita pada tahun ini adalah 200 naskah al-Quran untuk disampaikan keepada penduduk di Sudan, pertama sekali di Kassala,
Snapshot 5 (31-8-2014 5-20 PM)“kita dah hantar dah al-Quran ke sana dalam 100 naskah al-Quran dalam tiga bulan lepas,”ujarnya
Oleh itu beliau berharap ada pihak yang tampil bagi meyokong usaha tersebut bagi memudahkan para pelarian Islam Eiretria mendalami pengajian dan pembacaan kitab Allah itu.
Katanya, sumbangan ini boleh disalurkan, melalui boring yang disediakan pada laman sesawang YAMCT yamterengganu.blogsport.com, atau terus hubungi pejabat Yayasan Amal di Gong Badak>
“Disana boleh hubungi nombor Setiusaha kerja iaitu Encik Ikhwan 011-1069-390, atau sumbangan boleh dibuat menerusi sms kepada wakil-wakil yang telah dilantik,
“yang telah kita tetapkan di setiap daerah,”kata beliau

Ulasan