DUNGUN – PAS mengalu-alukan tindakan pejabat dan agensi kerajaan menjalinkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah dengan semua pihak dan bersedia hadir untuk apa-apa jua program yang membawa kebaikan untuk rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata selaku penjawat awam, para kakitangan kerajaan seharusnya menjaga hubungan baik dengan semua pihak tanpa sebarang prasangka.
“saya merasa sukacita dan ucap terima kasih serta mengalu-alukan pihak jabatan dan agensi kerajaan yang mengadakan majlis-majlis sempena hari raya,
“kakitangan kerajaan adalah penjawat awam yang dibayar melalui cukai dipungut dari rakyat, tanggungjawab yang paling besar adalah menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat,”ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Dungun di sini pada Selasa 12 Ogos.
Beliau yang pernah mendapat jemputan dari kakitangan beberapa jabatan dan agensi sebelum ini bimbang untuk hadir kerana tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memberikan tekanan kepada mana-mana pihak yang cuba berbaik dengan PAS.
“AlhamduliLlah, kita harap ada pemikiran yang lebih matang dan terbuka dan dengan kehadiran saya dan semua wakil-wakil rakyat PAS dalam majlis anjuran jabatan dan agensi itu insyaAllah,
“akan meningkatkan hubungan……..berkenal-kenalan dan dapat memudahkan urusan wakil-wakil yang dipilih rakyat dengan jabatan dan agensi,”jelasnya.
Ulasan