PAS Sedia Bekerjasama Untuk Kepentingan Rakyat

20140731_153215 (2)KUALA NERUS – PAS Sedia duduk bersama dengan mana-mana pihak dan berbincang serta bekerjasama demi untuk pembangunan rakyat.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pusat Datuk Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata PAS boleh bekerjasama walaupun dengan parti dan mereka yang mempunyai dasar yang berbeza dengan PAS.
“Kita mungkin berbeza parti, berbeza dasar, berbeza pendekatan tetapi dalam perkara yang kita boleh kerjasama, kita wajib bekerjasama.


“Kalau itu yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat, itu sangat di alu-alukan lah. Duduk bersama untuk pembangunan rakyat. Kita wajib bekerjasama kerana bila kita telah dipilih oleh rakyat, kita harapan rakyat,”ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian sebagai kenyataan balas terhadap cadangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Menurut Ustaz Khairuddin, ‘politik damai’ dan ‘politik bakti’ adalah dalam pendekatan yang diambil oleh PAS dan merupakan politik Islam.
Razif yang hadir pada majlis rumah terbuka sempena hari raya Ahli Parlimen Kuala Nerus ketika ditemui media berkata kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Perundingan Rakyat pada setiap daerah dan berjanji akan melantik wakil-wakil rakyat PAS sebagai anggota Majlis tersebut.
“Jadi selepas ini kita akan buat, kita telah mewujudkan Majlis Perundingan Daerah, dan insya Allah kita akan gabungkan sekali, termasuk juga pemimpin-pemimpin PAS. Kita akan ajak sekali, dengan kerajaan negeri Terengganu.
“Ya, memang, Majlis Perundingan Daerah insyaAllah lepas raya ni akan dibentukkan. Yang akan dipengerusikan oleh DO (Pegawai Daerah) dan kita akan sertakan sekali wakil rakyat Barisan Nasional, wakil rakyat PAS, pemimpin-pmimpin kita termasuk mewakili semua, NGO dan semua dalam tu kita akan membincangkan aspek pembangunan yang diperlukan dalam daerah,”kata Razif.
Sehubungan itu, Bendahari PAS negeri Terengganu M. Shukrimun Shamsuddin ketika mengulas cadangan dan janji Razif itu berharap agar beliau benar-benar menepati janjinya untuk menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira parti politik.
“(saya) mengharapkan sangat kepada Yang berhormat menteri besar baru ni supaya betul-betul menjaga rakyat negeri Terengganu tanpa mengira parti,
“kerana kita ada golongan yang miskin dalam UMNO, kita ada golongan miskin di dalam PAS juga. Ada orang yang ingin menyambung pelajaran tetapi tidak mampu di dalam PAS, begitu juga di dalam UMNO pun sama.,”ujarnya.
Beliau selaku Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menegaskan supaya Razif benar-benar jadi Menteri Besar yang betul-betul menjaga kekurangan yang terdapat di dalam negeri Terengganu ini dan memelihara kebajikan seluruh rakyat.
Turut hadir bersama ribuan pengunjung rumah terbuka itu adalah Ahli Dewan Undangann Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abd Karim

Ulasan