PAS Setiu Azam Tingkat Prestasi Dengan ‘Rangkaian Ta’awun’


Screenshot (79) (1024x576)SETIU – PAS Kawasan Setiu berazam untuk meningkatkan prestasi kerja-kerja kebajikan dan cakna orang muda dengan strategi ‘Rangkaian Ta’awun’ yang akan lebih mengutamakan khidmat fizikal dan spiritual, berbanding agihan kebendaan.
Yang DiPertua PAS Setiu, Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir meletakkan sasaran menguasai sekurang-kurangnua dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya akan datang.


DSC00302 (1024x577)“kita akan melahirkan sekurang-kurangnya 10 orang amilin yang boleh dikerah pada bila-bila masa bagi melaksanakan kerja-kerja khidmat dan kebajikan,
“melalui strategi cakna orang muda termasuk meningkatkan keupayaan Unit Amal, pergerakan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan sokongan seperti ‘Geng Setiu Kita’ atau pun dipanggil sebagai ‘GESEK’,”ujarnya.
Beliau berkata, walaupun angka kekurangan undi yang agak besar di peringkat parlimen, namun sasaran memenangi dua DUN adalah sesuatu yang ‘realistik’.
Mantan ADUN Jabi yang memegang tampuk YDP Kawasan bermula penggal ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hari Raya PAS Kawasan Setiu, di Balik Bukit dekat sini, Jumaat 22 Ogos.
20140822_152243 (1024x576)Oleh itu, kata Ustaz Saharizukirnain, fokus utama PAS Kawasan Setiu adalah pertautan (engagement) dengan semua pihak tanpa mengira latarbelakang sosio-ekonomi dan politik.
“kita turut menjemput semua pihak termasuk Jabatan-jabatan kerajaan dan swasta dalam majlis-majlis umum termasuk majlis hari raya pada hari ini,
“dan AlhamduliLlah, nampaknya maklumbalas dan sambutannya sangat positif,”katanya lagi.
Sehubungan itu, usaha gerak kerja ‘maya’ bagi menghubungkan orang-orang muda telah dipergiatkan selepas kejayaan penganjuran Karnival Anak Muda Setiu yang diadakan pada awal tahun ini.
Setiausaha PAS Setiu Aminuddin Umat berkata, penubuhan GESEK yang dilengkapi kenderaan pacuan empat roda sudah membuahkan hasil, menangani situasi kecemasan dan mala petaka.
“kita telah menggerakkan unit multimedia bagi menghubungkan anak-anak muda di kawasan Setiu melalui laman sosial dan aplikasi pintar,
“GESEK telah berjaya memberikan khidmat pantas ketika berlaku kemalangan dan bencana seperti kebakaran dan banjir,”ujar Aminuddin.
Beliau berkata, daerah Setiu, terutamanya DUN Langkap dan Permaisuri adalah kawasan yang selalu dilanda banjir pada setiap musim tengkujuh.
20140822_160117 (1024x589)Justeru itu, GESEK juga, kata beliau akan dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan ‘radio amatur’ bagi meningkatkan khidmat yang menghampiri pasukan tindak kecemasan (Emergency Response Team).
Lebih 3,000 orang menghadiri ‘rumah terbuka’ sempena sambutan Hari Raya yang diadakan semalam.
Ia adalah sesuatu yang diluar jangkaan kerana menurut Aminuddin, pihak Jawatankuasa Panitia Sambutan Hari Raya itu hanya mensasarkan kira-kira 1,000 orang sahaja yang akan hadir.

Ulasan