PR Perlu Terbuka, Jika Sultan Titah Mahu Calon MB Dari PAS


IMG_7423 (1024x683)KUALA TERENGGANU – Pakatan Rakyat diharap bersikap terbuka menerima pemimpin PAS sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah bertitah untuk berbuat demikian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, keputusan itu lebih baik berbanding mengadakan pilihan raya semula.


DSC_0518 (1024x648)Satiful berkata, harapan itu disuarakan beliau jika berlaku kemungkinan pihak istana menolak dua calon Menteri Besar Selangor yang dicadangkan PAS sebelum ini tetapi dalam masa sama memberi pilihan kepada PR sama ada melantik calon PAS sebagai Menteri Besar atau diadakan pilihan raya semula di negeri itu.
“Kita (PAS) hantar (cadangan nama) Azmin dan Wan Azizah. Kalau sultan tolak (keduanya) tetapi hendak calon PAS atau pilihan raya semula,
“kita mengharapkan PR terima calon Pas. Apa salahnya (terima calon Pas) berbanding pilihan raya,” katanya kepada pemberita ketika sidang media sempena Majlis Aidilfitri PAS Terengganu, di sini, semalam Khamis 21 Ogos.
Turut sama dalam sidang tersebut adalah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Terengganu, Datuk Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh.
Ustaz Satiful yang juga Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu percaya, tiada masalah bagi PAS mencadangkan mana-mana calon dari parti itu bagi menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan Pas mempunyai ramai calon berkelayakan.
DSC_0505 (1024x679)Sementara itu, Ustaz Nik Zawawi tidak menolak bahawa para ADUN PAS di Selangor layak menjadi Menteri Besar Selangor.
Bagaimanapun katanya, PAS tidak akan sesekali meminta jawatan tersebut dan terserah kepada parti itu untuk menimbangkan sekiranya menerima titah Tuanku untuk berbuat demikian.
“Kita tidak minta dan tidak akan minta tetapi kalau orang (pihak lain) minta, kita akan bincang, kita tidak akan tolaklah. ADUN di Selangor layak belaka,” katanya.

Ulasan