Presiden Berpegang Kepada Keputusan Mesyuarat Lalu


safinahDewan Muslimat PAS Negeri Terengganu amat kecewa dengan pelbagai tohmahan dan serangan ke atas peribadi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ketua Muslimat PAS Terengganu Puan Safinah Jusoh berkata Ustaz Hadi dicemuh semata-mata hanya kerana berpegang teguh dengan keputusan bersama mesyuarat lepas untuk mengekalkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.


“Kita yakin dan percaya bahawa ketegasan Tuan Guru Presiden ini adalah bagi menggalas amanah rakyat yang memberi sepenuh kepercayaan kepada Pakatan Rakyat pada PRU-13 lepas.
“Sudah sewajarnya Tuan Guru tidak bersetuju dengan cadangan PKR yang secara melulu mencadangkan Datin Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru,”ujarnya
Oleh itu, beliau menyeru agar semua ahli PAS dari pelbagai peringkat agar memberi thiqah dan wala’ kepada kepimpinan yang dipilih.
Beliau berkata, sesungguhnya pimpinan tertinggi inilah yang mewakili suara ahli PAS keseluruhannya, bukan hanya mewakili pandangan peribadi pimpinan.
“(Sesungguhnya) Tiada Islam tanpa jemaah.. Tiada jemaah tanpa kepimpinan.. Tiada kepimpinan tanpa ketaatan.. , tiadalah kepimpinan tanpa ahlinya. Dan tiadalah ahli itu tanpa ketaatan,
“Kita berdoa agar segala caci maki, dakwaan dan kata nista akan dihapuskan. Berpegang teguhlah dengan ikatan jemaah Islam demi menjaga kesucian perjuangan ini,”tegasnya.
Beliau berdoa, semoga Allah memberi petunjuk dan hikmah di atas segala ujian ini dan semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan berkat Allah.

Ulasan