Semua Warga Terengganu Dijemput Hadir ke Majlis Hari Raya PAS


20140814_114944 (1024x576)KUALA TERENGGANU – Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidil Fitri 1435H Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) akan diadakan pada Khamis 21 Gos, 2014 bersamaan 25 Syawal.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Mamat menjemput semua warga ngerei Terengganu hadir beramai-ramai ke majlis tersebut yang akan diadakan di perkarangan pejabat BPPNT di No. 33 Jalan Sultan Omar, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, di sini.


20140814_114930 (1024x576)“Pertamanya saya bagi pihak badan perhubungan PAS negeri Terengganu Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin khususnya kepada PAS Kuala Nerus yang berjaya mengadakan sambutan hari raya pada hari ini.
“Yang kedua saya juga bagi pihak Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu menjemput semua warga negeri Terengganu untuk menghadiri jamuan hari raya yang dianjurkan Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu iaitu pada hari Khamis pada minggu depan, pada waktu yang sama diperkarangan pejabat perhubungan PAS negeri Terengganu,”ujarnya.
[Gambar - Lebih 5,000 orang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kuala Nerus yang pertama kalinya diadakan pada hari 'waktu bekerja', hari Khamis, bukan seperti tahun-tahun sebelumnya, pada hari Sabtu]
IMG-20140812-WA0008Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media sewaktu berkunjung ke Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kuala Nerus yang diadakan di padang bola, Pekan Batu Enam, semalam, Khamis 14 Ogos.
Turut hadir pada Majlis PAS Kuala Nerus adalah Timbalan Ketua Dewan Ulamak Dr Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu, Safinah Jusoh, selain pimpinan lain pelbagai peringkat.
Ustaz Abu Bakar Abdullah ketika berucap memberikan peringatan kepada para hadirin supaya tidak melupakan nasib saudara-saudara seIslam di Gaza, Palestin yang sedang menghadapi kesusuhan kerana diserang oleh tentera rejim Israel.
Beliau bagaimanapun yakin, umat Islam di Gaza akan memperolehi kemenangan dalam perjuangan mereka menentang Yahudi zionis laknatuLlah kerana ia telah dijamin oleh Rasulullah SAW.

Ulasan