Bersabar dan Berlapang Dada Hadapi Krisis

IMG_20140905_080228KUALA TERENGGANU – Ahli-ahli dan penyokong PAS serta masyarakat umumnya diminta bersabar dan berlapang dada dalam menghadapi krisis politik yang sedang berlaku.
Ketua Penerangan PAS negeri Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba ‘menangguk di air yang keruh’ dan mengambil kesempatan menghina dan menimbulkan ketegangan diantara satu pihak dengan yang lain.


Beliau memberi ingatan, menurut mana-mana pihak tidak mencetuskan ‘sentimen’ kurang selesa yang menyebabkan maraknya api permusuhan.
CALON PAS PRU KE-13Tegasnya, semua pihak perlu sedar, menurut perlembagaan kuasa pelantikan Menteri Besar sesuatu negeri itu adalah kuasa Sultan, sebagaimana yang pernah berlaku di negeri Terengganu pada tahun 2008.
“saya harap semua pihak dapat mengambil pendekatan menggunakan hujah dan berbincang dengan cara yang lebih baik dari menggunakan perasaan dan emosi,
“mengemukakan pandangan dengan bahasa yang lebih membina daripada menggunakan sentimen yang boleh menimbulkan rasa kebencian dan permusuhan,
“dan semua orang khususnya rakyat Terengganu perlu sedar, krisis pelantikan Menteri Besar sudah berlaku dan jelas ia bukan kuasa politik sepenuhnya, tetapi perlembagaan memperuntukkan ia adalah kuasa sultan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memperngerusi mesyuarat Lujnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu di sini, semalam 4 Ogos.
Beliau yang juga ADUN Bukit Payong turut memberikan pandangan, pihak media tidak harus hanya memikirkan soal melariskan akhbar masing-masing tanpa mengambil kira kesan berita yang disebarkan ke dalam pemikiran masyarakat.
Semua pihak juga, kata beliau, perlu berhemah dalam menyampaikan maklumat samada menggunakan aplikasi komunikasi atau media sosial dengan tidak meletakkan ‘sensasi’ menjadi matlamat utama.
“ia akan meninggalkan kesan dari satu generasi kepada generasi yang lain, dan menghilangkan fokus kehidupan yang sebenarnya,
“aplikasi komunikasi dan media sosial adalah baik untuk dijadikan sebagai penyebar maklumat yang sihat dan meningkatkan silaturrahim, bukan menjadi medan ‘sensasi’ dan adu domba,”jelasnya.

Ulasan